PERLAKSANAAN PEMBAYARAN PERKHIDMATAN SECARA ONLINE

KEPADA JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA MELALUI

PERBANKAN INTERNET (INTERNET BANKING)

Pelanggan yang dihormati,

Selaras dengan usaha kerajaan untuk mempelbagaikan saluran pembayaran, Kerajaan telah memperluaskan kaedah terimaan secara online bagi pungutan hasil dan terimaan bukan hasil kepada kaedah terimaan melalui perbankan internet. Perkhidmatan ini akan mula digunakan pada 1 Julai 2008 di Jabatan Meteorologi Malaysia. Semua pelanggan yang mempunyai akaun CIMB boleh membuat bayaran kepada Jabatan Meteorologi Malaysia melalui perkhidmatan talian seperti berikut:

Bagi pengguna yang mempunyai kemudahan Perbankan Internet daripada bank-bank berikut, anda juga boleh menggunakan kemudahan pembayaran secara FPX (Financial Process Exchange)

  1. Maybank

  2. CIMB Bank

  3. Bank Islam Malaysia Berhad

  4. Hong Leong Bank Berhad

  5. Public Bank Berhad

  6. RHB Bank

  7. Citibank

Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat dihargai.