Cuaca pada Isnin, 10/12/2018
Muadzam Shah
26°
Kuala Trengganu
28°
Senai
26°
Alor Star
28°
Butterworth
26°
Sibu
27°
Keningau
26°
Kapit
Lubuk Merbau
Petaling Jaya
29°
Sitiawan
30°
Kuantan
25°
Sandakan
26°
Tawau
29°
Sri Aman
25°
Kudat
28°
Miri
26°
Gong Kedak
Batu Embun
26°
Limbang
26°
Kota Bharu
Mersing
24°
Ipoh
25°
Kota Kinabalu
29°
Bintulu
28°
Kuala Krai
27°
Melaka
28°
KLIA
Cameron Highlands
25°
Pertanian Chuping
30°
Pulau Langkawi
26°
Mulu
28°
Bayan Lepas
Kuala Pilah
Temerloh
30°
Kuching
28°
Labuan
Batu Pahat
28°
Subang
Kluang

Sistem Risiko Bahaya Kebakaran (FDRS) ASEAN



FDRS adalah sistem yang memantau risiko kebakaran hutan/tumbuhan dan membekalkan maklumat tersebut dalam pengurusan kebakaran. Produk-produk FDRS boleh digunapakai sebagai panduan untuk menjangka kelakuan/sifat api kebakaran bagi pembuat-pembuat polisi dalam mewujudkan tindakan untuk melindungi nyawa, alam sekitar dan harta-benda.

Pada tahun 1997/98, kebakaran hutan luas di sebuah negara ASEAN telah menyebabkan kejadian jerebu yang menyeluruh di rantau Asia Tenggara. Kejadian ini telah memberi kesan kepada industri pelancongan, kesihatan penduduk dan alam sekitar dengan jumlah kerugian yang dianggarkan sebanyak 9 billion USD. Akibat dari bencana alam ini, Menteri-menteri alam sekitar dari rantau Asia Tenggara telah memulakan Pelan Tindakan Jerebu Serantau. Sebagai sebahagian daripada pelan tindakan ini, satu sistem pemantauan dan kebakaran hutan serta tumbuhan harus dibangun dan dilaksanakan. Diadaptasi daripada Sistem Penarafan Bahaya Kebakaran Hutan Kanada ‘Canadian Forest Fire Danger Rating System (FDRS)’ kemudiannya telah dibangun dan dilaksanakan.

Pada peringkat awalnya FDRS untuk Asia Tenggara dijana harian oleh Perkhidmatan Perhutanan Kanada ‘Canadian Forest Servis (CFS)’. Namun begitu, tanggungjawab ini telah diserahkan kapada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Meteorologi pada masa itu. Bermula dari pertengahan September 2003 MetMalaysia telah menghasilkan produk-produk harian FDRS berterusan hingga sekarang.


-/- ASEAN - Fire Weather Index (FWI)

Nota: Klik ikon anak panah pada bucu atas kanan untuk paparan imej penuh.

FDRS Asean ( Google Earth Compatible )


Fine Fuel Moisture Code (FMC)

FFMC menunjukkan hubungan relatif kemudahan mula menyala dan kemudahan terbakar bahan bakar halus. Digunakan juga sebagai pengukur keupayaan apabila kebakaran bermula dan tersebar di sesuatu kawasan.

Skala Warna Keterangan
0 - 72 Biru Kebarangkalian untuk berlaku kebakaran adalah rendah.
73 - 77 Hijau Kebarangkalian untuk berlaku kebakaran di kawasan yang mempunyai kekeringan setempat adalah sederhana.
78 - 82 Kuning Bahan bakar halus seperti rumput mudah menyala. Kebarangkalian untuk berlaku kebakaran adalah tinggi.
> 82 Merah Bahan bakar halus seperti rumput sangat mudah menyala. Kebarangkalian untuk berlaku kebakaran adalah sangat tinggi.

Duff Moisture Code (DMC)

DMC menunjukkan penggunaan bahan bakar organik di lapisan permukaan yang mempunyai ketumpatan yang rendah dan bahan berkayu yang bersaiz sederhana.

Skala Warna Keterangan
0 - 4 Biru Lapisan atas tanah organik dalam keadaan basah.
5 - 14 Hijau Lapisan atas tanah organik dalam keadaan lembap.
15 - 29 Kuning Lapisan atas tanah organik mulai kering.
> 29 Merah Lapisan atas tanah organik dalam keadaan kering.

Drought Code (DC)

DC petunjuk bagi kandungan kelembapan lapisan bahan organik yang padat dan dalam. Tanah gambut adalah antara contoh tanah organik yang padat dan dalam. DC digunakan sebagai penunjuk keupayaan api untuk membara di tanah gambut yang menjadi punca utama kepada udara berasap dan jerebu.

Skala Warna Keterangan
< 140 Biru Musim lembab yang biasa dan tiada kemungkinan untuk berlaku jerebu yang teruk. Memerlukan lebih daripada 30 hari yang kering bagi nilai DC mencapai nilai ambang di mana berkemungkinan besar jerebu yang teruk akan berlaku.
140 – 260 Hijau Musim sederhana kering yang normal. Memerlukan di antara 15 hingga 30 hari yang kering, bagi nilai DC mencapai nilai ambang. Pembakaran hendaklah dikawal selia sebagaimana biasa.
261 – 350 Kuning Keadaan kemuncak musim kering yang normal. Memerlukan di antara 5 hingga 15 hari yang kering bagi nilai DC mencapai nilai ambang. Semua pembakaran di tanah gambut perlulah dihadkan. Ramalan cuaca dan penilaian hujan bermusim perlu dipantau dengan teliti bagi tanda-tanda musim kering yang berpanjangan.
> 350 Merah Menghampiri musim kemarau peringkat bahaya. Memerlukan kurang daripada 5 hari yang kering bagi mencapai nilai ambang di mana jerebu yang teruk berkemungkinan besar akan berlaku. Larangan kepada sebarang pembakaran perlulah dikuatkuasakan.

Initial Spread Index (ISI)

ISI petunjuk kepada keamatan api, kadar api merebak dan kesukaran kawalan di lapisan berumput. ISI adalah gabungan kesan kelajuan angin dan FFMC.

Skala Warna Keterangan
0 - 1 Biru Keamatan api rendah di lapisan berumput. Api merebak secara perlahan dan boleh terpadam dengan sendiri. Kebakaran boleh terpadam dengan mudah menggunakan peralatan tangan.
2 - 3 Hijau Keamatan api sederhana di lapisan berumput. Permulaan kebakaran boleh dipadam dengan peralatan tangan, tetapi pam berkuasa dan hos mugkin diperlukan untuk mengawal kebakaran yang merebak.
4 - 5 Kuning Keamatan api tinggi di lapisan berumput. Kebakaran boleh dikawal dengan menggunakan pam berkuasa dan hos ,tetapi jentolak mungkin diperlukan bagi membuat sempadan pemisah untuk menghentikan kebakaran daripada merebak.
> 6 Merah Keamatan api sangat tinggi di lapisan berumput. Sempadan pemisah diperlukan untuk menghentikan kebakaran daripada merebak dengan menggunakan pam berkuasa, hos dan jentolak. Kawalan secara tidak langsung mungkin diperlukan melalui back-burning antara sempadan kawalan dan kebakaran.

Build Up Index (BUI)

BUI petunjuk kepada jumlah bahan api yang tersedia untuk terbakar. BUI adalah gabungan di antara DMC dan DC.

Skala Warna Keterangan
0 – 6 Biru Bahan api sederhana dan berat biasanya tidak mudah terbakar.
7 - 19 Hijau Jumlah bahan api sederhana dan berat serta potensi terbakar adalah sangat rendah.
20 - 33 Kuning Jumlah bahan api sederhana dan berat serta potensi terbakar adalah rendah ke sederhana.
> 34 Merah Jumlah bahan api sederhana dan berat serta potensi terbakar adalah sederhana ke tinggi.

Fire Weather Index (FWI)

FWI petunjuk keamatan api dan bahaya kebakaran yang menggabungkan ISI parameter dan BUI parameter. Indek ini sering digunakan untuk menunjukkan kesukaran kawalan kebakaran berdasarkan kepada keamatan api dan keupayaan melawan api.

Skala Warna Keterangan
0 – 1 Biru Kebakaran akan terpadam dengan sendirinya.
2 – 6 Hijau Kebakaran boleh dipadamkan dengan mudah dengan menggunakan peralatan tangan.
7 – 13 Kuning Kebanyakan kebakaran boleh dikawal dengan menggunakan pam berkuasa dan hos.
> 13 Merah Sesetengah kebakaran adalah sukar untuk dikawal.