Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 skala Richter telah berlaku di Minahassa Peninsula pada pukul 5.21 pagi 8 Februari 2010. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 0.1 Selatan longitud 123.5 Timur, 775km dari Tenggara Tawau, Sabah.
Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) telah menerima lawatan muhibah pegawai-pegawai daripada Egyptian Meteorological Authority (EMA), Republik Arab Mesir pada 16-20 Januari 2010.
Y.Bhg Dato' Madinah Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah merasmikan program Executive Talk-Global Warming:Climate Change Adaptation yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 December 2009.