Iklim
Indeks Cuaca Kebakaran Malaysia
|
Halaman 1 dari 3 Indeks Cuaca Kebakaran Malaysia (terkini) Fine Fuel Moisture Code Nota Huraian Bagi Peta Sebaran Fine Fuel Moisture Code (FFMC) Nilai FFMC yang ditunjukkan pada peta adalah kadar numerikal bagi kandungan kelembapan litter dan juga bahan bakar halus yang lain. FFMC menunjukkan hubungan relatif kemudahan mula menyala dan kemudahan terbakar bahan bakar halus. Oleh sebab itu, FFMC digunakan sebagai pengukur keupayaan menyala atau keupayaan bila kebakaran bermula dan tersebar di sesuatu kawasan. Parameter-parameter meteorologi (Suhu, Kelembapan Bandingan, Hujan, Kelajuan Angin) yang digunakan adalah yang diukur di stesen-stesen kajicuaca utama di seluruh Malaysia. Analisa Spasial dibuat dengan menggunakan Perisian ArcView. Bagi menginterpretasikan peta ini, sila rujuk kepada jadual di bawah :-
Duff Moisture Code Nota Huraian Bagi Peta Sebaran Duff Moisture Code (DMC) Nilai DMC yang ditunjukkan pada peta adalah kadar numerikal purata kandungan kelembapan bagi lapisan organik permukaan yang tidak padat. Kod ini menunjukkan penggunaan bahan bakar organik di lapisan permukaan yang mempunyai ketumpatan yang rendah dan bahan berkayu yang bersaiz sederhana. Bagi menginterpretasikan peta ini, sila rujuk kepada jadual di bawah :-
|
|||||||||||||||||||||