Penyelidikan Alam Sekitar
Keasidan Air Hujan
| Keasidan Air Hujan Tahun 2008 |
|
Taburan pH bagi air hujan di beberapa tapak terpilih semasa tahun 2008 bagi menentukan keadaan semasa keasidan air hujan dalam negara. Berdasarkan purata tahunan, pH air hujan yang terkumpul di negeri-negeri timur laut Semenanjung Malaysia, Sabah dan sebahagian Sarawak adalah dalam julat normal antara 4.8 ke 5.2. Manakala di negeri Perlis, Utara Kedah dan barat Sarawak, keadaan bertambah baik dengan julat pH dari 5.2 dan 5.6. Walaubagaimanapun, air hujan di negeri pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia mencatat nilai keasidan yang agak tinggi dengan purata pH antara 4.4 dan 4.8. Keasidan Air Hujan 2008
Untuk maklumat lebih lanjut, sila masuk ke Pemendapan Asid dan Alam Sekitar . |