Skip to content
Laman Utama
default color brick color green color Increase font size Decrease font size Default font size reset
Ringkasan Hujan Bulanan Terkini

OGOS 2014

Pendahuluan

Secara amnya, negara masih lagi berada dalam fasa Monsun Barat Daya. Namun begitu, keadaan tidak begitu kering sepanjang bulan Ogos 2014 malah, terdapat beberapa kawasan mengalami cuaca yang lembap dengan penerimaan hujan pada paras purata. Walaubagaimanapun, kebanyakan kawasan terutamanya di sebelah Malaysia Timur menerima jumlah hujan yang  melebihi paras purata.

 (i) Semenanjung Malaysia
 
Hampir semua kawasan di Semenanjung Malaysia mengalami keadaan cuaca yang lembap terutamanya di Selatan Kedah, sebahagian kawasan Perak, Utara Selangor, Pedalaman Pahang dan Selatan Johor di mana jumlah hujannya melebihi 200 mm. Manakala kawasan-kawasan lain telah menerima jumlah hujan yang normal kecuali Pulau Pinang yang menerima jumlah hujan yang kurang daripada purata. Kuala Terengganu telah merekodkan hari hujan terendah sebanyak 9 hari manakala bilangan hari hujan tertinggi adalah 25 hari yang direkodkan di Cameron Highlands.

 (ii) Sarawak

Di Sarawak pula, bahagian Barat dan Timur Sarawak telah menerima hujan melebihi 60% daripada paras purata dengan jumlah hujan melebihi 400mm.  Bahagian-bahagian lain menerima hujan yang normal kecuali bahagian Kapit, Belaga dan Miri telah menerima jumlah hujan yang kurang daripada paras purata iaitu kurang daripada 300mm. Bagi Jumlah rekod bilangan hari hujan pula,  stesen-stesen Sarawak mencatatkan jumlah antara 17 hingga 26 hari.


(iii) Sabah

Di Sabah, beberapa Bahagian di tengah dan barat Sabah menerima hujan melebihi 60% daripada paras purata terutamanya bahagian Kota Kinabalu dan Keningau telah merekodkan jumlah hujan melebihi 300mm.  Walaubagaimanapun Tawau, Lahad Datu dan Kudat telah merekodkan jumlah hujan di bawah 60% daripada paras purata, iaitu kurang daripada 200mm.  Bagi jumlah rekod bilangan hari hujan di Sabah pula adalah antara 15 hingga 23 hari.

 

 

 

                                                                          Jumlah Taburan Hujan (mm)

 

Hujan Bulanan

 

 

 

Menu Utama

Carian

Pautan Kerajaan

World Innovation Forum KL 2012     Sains & Inovasi, Pemacu Transformasi

Government Links MyGovernment Pemudah MSC Malaysia MyGov Mobile Institut Integriti Malaysia Portal Rasmi Perolehan Kerajaan Malaysia SPR Check Register Voter Here Election Comission Malaysia
KRSTE E-Learning for Malaysian Public Sector Connecting You to The World of Innovations
GST Virtual Incubation Model (IVM)Government Service Tax (GST)

Perbankan Internet