| Ringkasan Hujan Bulanan Terkini |
MEI 2013Pendahuluan Musim Monsun Barat Daya yang dialami sekarang dijangka berakhir pada pertengahan September 2013. Pada bulan Mei 2013, kebanyakkan kawasan di Semenanjung dan Sarawak menerima taburan hujan yang normal manakala keadaan cuaca lebih lembap di Sabah. Taburan Hujan (i) Semenanjung Taburan hujan yang normal dengan julat hujan antara 100mm hingga 300mm diterima di kebanyakkan kawasan di Semenanjung. Walau bagaimanapun, beberapa kawasan di selatan Perak, barat Pahang, sebahagian Negeri Sembilan dan selatan Johor telah mengalami keadaan cuaca lembap dengan jumlah hujan bulanan mencecah 400mm iaitu melebihi 60% berbanding purata. Sebaliknya, Monsun Barat Daya yang sedang dialami Negara sekarang telah membawa keadaan cuaca kering di beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung meliputi selatan Kedah, Pulau Pinang, barat Perak, selatan Selangor, Melaka dan barat Johor serta kawasan di pantai timur iaitu di Negeri Terengganu dan timur Pahang. Pengurangan jumlah hujan sehingga 40% dibawah paras purata yang dialami di kawasan selatan Kedah pada bulan Mei 2013 telah memberi kesan kepada hasil penanaman sawah padi para petani di negeri tersebut. Semenanjung merekodkan bilangan hari hujan berjulat dari 7 hingga 23 hari.
(ii) Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Di Sabah, kecuali Daerah Sandakan, Kinabatangan dan Lahad Datu yang menerima taburan hujan normal, seluruh Bahagiannya menerima keadaan cuaca lembap dengan pertambahan jumlah hujan sehingga melebihi 60% berbanding purata. Jumlah hujan yang diterima di kebanyakkan kawasan adalah dalam julat antara 200mm hingga 300mm. Wilayah Persekutuan Labuan juga menerima taburan hujan yang normal dengan jumlah hujan antara 300mm hingga 400mm. Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan bilangan hari hujan berjulat dari 8 hingga 26 hari. (iii) Sarawak Hampir seluruh Sarawak menerima taburan hujan yang normal kecuali kawasan di Miri yang menerima keadaan cuaca lebih lembap dengan jumlah hujan melebihi 20% di atas paras purata. Jumlah hujan di Bahagian Mukah, Sibu, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Samarahan adalah dalam julat 100mm hingga 200mm manakala di Bahagian Kuching, Kapit, Miri dan Limbang dengan jumlah hujan adalah antara 200mm hingga 300mm. Sarawak merekodkan bilangan hari hujan berjulat dari 17 hingga 25 hari.
Jumlah Taburan Hujan (mm)
Hujan Bulanan
|