Skip to content
Home
default color brick color green color Increase font size Decrease font size Default font size reset
Drought Monitoring and Information

1. Keadaan semasa

Status Kawasan
Tiada kawasan mengalami kemarau

Terkini

Kebanyakan kawasan di negara ini mengalami keadaan cuaca yang biasa atau normal sepanjang bulan Mei dan awal Jun 2009. Hanya kawasan-kawasan di Negeri Terengganu dan utara Pahang mengalami cuaca yang lembab, manakala kawasan tengah Negeri Selangor dan Melaka di Semenanjung Malaysia serta kawasan Miri dan Sri Aman di Sarawak pula agak kering berbanding biasa.

Indek-indek SPI sehingga hujung bulan Mei 2009 juga secara konsisten menunjukkan keadaan yang agak kering di Terengganu dan utara Pahang serta di kawasan Miri dan Sri Aman di Sarawak.

Model-model ramalan cuaca jangka sederhana menunjukkan keadaan akan berubah menuju kepada fenomena El Nino menjelang bulan Julai dan Ogos akan datang. Bagaimanapun, kebanyakan kawasan di negara ini akan mengalami keadaan yang biasa dan tidak ada tanda-tanda akan berlaku keadaan kering yang teruk dalam tempoh 1 atau 2 bulan akan datang. Namun begitu, JMM akan terus membuat pemantauan bagi mengesan sebarang kemungkinan berlakunya keadaan kering.

2. Indek SPI

Jadual Indek SPI

Peta SPI (Masih dalam pembangunan)

i. 1 Bulan ii. 2 Bulan iii. 3 Bulan
iv. 4 Bulan v. 5 Bulan vi. 6 bulan

3. Hujan

Jumlah hujan bulan semasa stesen-stesen meteorologi utama (kemaskini setiap jam 10.00 pagi setiap hari

b) Peta Hujan (Bulan Mei 2009)

c) Perbandingan hujan tahun semasa dengan normal

i) Semenanjung Malaysia ii) Sabah & Sarawak

d) Analisis Hujan

i) Semenanjung Malaysia ii) Sabah & Sarawak

Kriteria Kemarau:

Amaran

a) Jumlah hujan kumulatif untuk tempoh 3 bulan terkini kurang dari 65% di bawah normal DAN jumlah hujan kumulatif untuk tempoh 6 bulan terkini juga kurang dari 65% dibawah normal, DAN

b) SPI Indeks bulan terkini adalah kurang daripada -1.5.

Berjaga-jaga

a) Jumlah hujan kumulatif untuk tempoh 3 bulan terkini kurang dari 65% di bawah normal, DAN

b) SPI Indeks bulan terkini adalah kurang daripada -1.5

Search

Main Menu

Government Links

World Innovation Forum KL 2012     Sains & Inovasi, Pemacu Transformasi

Government Links MyGovernment Pemudah MSC Malaysia MyGov Mobile Institut Integriti Malaysia Malaysian Government Procurement Official Portal
SPR Check Register Voter Here Election Comission Malaysia
KRSTE E-Learning for Malaysian Public Sector Connecting You to The World of Innovations
GST Virtual Incubation Model (IVM)Government Service Tax (GST)The 2015 International Conference on Space Science and Communication (IconSpace2015)

Online Banking Services