Skip to content
Laman Utama arrow Pendidikan arrow Iklim Malaysia
default color brick color green color Increase font size Decrease font size Default font size reset
Iklim Malaysia

1. PENGENALAN

Ciri-¬ciri iklim Malaysia ialah mempunyai suhu yang seragam, kelembapan yang tinggi dan hujan yang banyak. Angin pada amnya lemah. Malaysia yang terletak di kawasan doldrum khatulistiwa amat jarang sekali mempunyai keadaan langit tidak berawan langsung meski pun pada musim kemarau teruk. Malaysia juga jarang sekali mempunyai satu tempoh beberapa hari dengan tidak ada langsung cahaya matahari kecuali pada musim monsun timur laut.

2. ANGIN

Walaupun angin di Malaysia pada amnya lemah dan arahnya berubah-ubah, terdapat perubahan bertempoh dalam corak tiupan angin. Berdasarkan kepada perubahan ini, empat musim boleh dibezakan iaitu monsun barat daya, monsun timur laut dan dua musim peralihan monsun yang lebih pendek.

Monsun barat daya biasanya bermula pada setengah terakhir bulan Mei atau awal bulan Jun dan tamat pada akhir September. Angin lazim pada amnya dari arah barat daya dengan kelajuan yang lemah iaitu di bawah 15 knot.

Monsun timur laut biasanya bermula pada awal November dan berakhir pada Mac. Semasa musim ini, angin lazim adalah dari arah timur atau timur laut dengan kelajuan antara 10 dan 20 knot. Negeri-¬negeri pantai timur Semenanjung Malaysia lebih terjejas dengan tiupan angin ini di mana kelajuannya boleh mencapai 30 knot atau lebih semasa luruan kuat udara sejuk dari utara (luruan sejuk).

Semasa musim-musim peralihan monsun, angin pada amnya berkelajuan lemah dan arahnya berubah-ubah. Pada kedua-dua musim ini, palung khatulistiwa merentangi Malaysia.

Perlu juga dinyatakan di sini bahawa dalam tempoh dari April hingga November bila mana taufan kerap kali terbentuk di barat Pasifik dan bergerak ke arah barat merentasi Filipina, angin barat daya di kawasan barat laut pantai Sabah dan kawasan Sarawak menjadi lebih kuat dan boleh mencapai 20 knot atau lebih.

Sebagai negara dikelilingi laut, kesan bayu laut dan bayu darat ke atas corak tiupan angin adalah besar terutamanya semasa hari tidak berawan. Pada keadaan petang yang terang cahaya matahari, bayu laut dengan kelajuan antara 10 dan 15 knot selalunya terjadi dan bayu ini boleh mencapai beberapa puluh kilometer ke dalam kawasan pendalaman. Dalam keadaan malam langit terang, proses sebaliknya berlaku di mana bayu darat yang lebih lemah kelajuannya boleh terjadi di kawasan pantai.

3. TABURAN HUJAN

Semenanjung Malaysia

Pada amnya, purata jumlah hujan tahunan di Semenanjung Malaysia adalah berjulat dari 1500mm ke 4500mm. Kawasan terlembap dengan purata jumlah hujan yang melebihi 3500mm setahun dicatatkan di sekitar Bukit Larut, Perak dan di pendalaman Terengganu. Sebaliknya, kawasan terkering dengan purata jumlah hujan yang kurang dari 2000mm setahun dicatatkan di negeri-negeri utara Semenanjung iaitu Perlis, utara Kedah dan pantai selatan Perak; dan Negeri Sembilan, Melaka dan utara Johor. Corak taburan hujan yang diterima di Semenanjung Malaysia adalah berkait dengan monsun yang dialaminya. Perbezaan corak taburan hujan ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis yang utama :

(a) Negeri-¬negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia menerima purata jumlah hujan yang banyak semasa awal sehingga pertengahan monsun timur laut. Bulan November, Disember dan Januari merupakan bulan-bulan dengan purata jumlah hujan yang maksimum bagi negeri-negeri tersebut. Seterusnya semasa Februari hingga Mac, iaitu dipenghujung monsun timur laut, negeri-negeri pantai timur terutamanya di Kelantan dan Terengganu; dan negeri-negeri utara Semenanjung terutamanya di Perlis dan Kedah berganjak ke keadaan cuaca yang lebih kering;

(b) Corak taburan hujan yang dialami oleh kebanyakan kawasan di negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia menunjukkan terdapatnya dua tempoh hujan maksima yang dipisahkan oleh dua tempoh hujan minima. Dua tempoh hujan maksima tersebut lazimnya berlaku semasa tempoh peralihan monsun, iaitu Oktober hingga November dan April hingga Mei; dan

(c) Semasa monsun barat daya iaitu Jun-Julai-Ogos, kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia mengalami keadaan cuaca yang kering. Sekitar 65% kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan purata jumlah hujan bulanan yang kurang dari 150mm semasa tempoh tersebut.

Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan

Secara amnya, purata jumlah hujan tahunan di Sabah dan WP Labuan adalah berjulat dari 1000mm ke 4500mm. Kebanyakan Bahagian di Sabah menerima purata jumlah hujan yang melebihi 2,500mm dalam satu tahun. Kawasan terlembap dengan purata jumlah hujan yang melebihi 4000mm setahun dicatatkan di sekitar Pantai Barat Utara, Sabah. Sebaliknya, kawasan terkering dengan purata jumlah hujan yang kurang dari 2000mm setahun dicatatkan di sekitar Keningau dan selatan Tawau. Corak taburan hujan yang diterima di Sabah dan WP Labuan adalah juga berkait dengan monsun yang dialaminya. Perbezaan corak taburan hujan ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis yang utama :

(a) Kebanyakan kawasan di Bahagian Kudat, Sandakan dan barat laut Pedalaman mengalami corak taburan hujan dengan satu tempoh maksima dan satu tempoh minima. Kebanyakan hujan diterima semasa monsun timur laut, iaitu diantara November hingga Mac. Sebaliknya, tempoh hujan minimanya pula berlaku semasa April hingga Julai;

(b) Kawasan pantai barat Sabah dan Labuan mengalami corak taburan hujan dengan dua tempoh hujan yang maksima dan dua tempoh hujan yang minima seperti di kebanyakan kawasan di negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia. Tempoh hujan maksima lazimnya berlaku semasa tempoh peralihan monsun iaitu Mei hingga Jun dan September hingga Oktober. Tempoh hujan minima pula lazimnya berlaku semasa tempuh pertengahan monsun iaitu Januari hingga Mac dan Julai hingga Ogos; dan

(c) Di kawasan Keningau dan pendalaman Sandakan di mana keadaannya berbukit dan terlindung oleh banjaran gunung, jumlah hujan yang diterima secara relatifnya adalah lebih rendah berbanding kawasan lain serta mempunyai taburan hujan yang agak sekata.



Menu Utama

Carian

Pautan Kerajaan

Government Links MyGovernment Pemudah MSC Malaysia MyGov Mobile Institut Integriti Malaysia Portal Rasmi Perolehan Kerajaan Malaysia SPR Check Register Voter Here Election Comission Malaysia
KRSTE E-Learning for Malaysian Public Sector Connecting You to The World of Innovations
GST Virtual Incubation Model (IVM)Government Service Tax (GST)The 2015 International Conference on Space Science and Communication (IconSpace2015)

Perbankan Internet