|
|
|
pengenalan
Bahagian Alatan & Penyelenggaraan diwujudkan bertujuan untuk mengurus dan mengawal selia pengendalian alat-alat Kajicuaca serta membangunkan program
sistem pencerapan cuaca di samping menjalankan penyelenggaraan dan penentukuran alat-alat kajicuaca yang diguna pakai di stesen-stesen pencerapan cuaca. Bahagian Alatan & penyelenggaraan juga ditugaskan untuk menyediakan khidmat nasihat/kepakaran teknikal kepada pelanggan-pelanggan yang kebanyakannya terdiri daripada pelanggan dalaman, agensi kerajaan yang berkaitan, syarikat swasta dan institusi-institusi pengajian
tinggi.
Fungsi
 |
Mengkaji sistem pencerapan dan peralatan kajicuaca yang sedia
ada, mendapatkan keperluan baru, menyediakan spesifikasi alat-alat, mendapatkan kelulusan ke atas cadangan
alat/sistem yang dipilih dan menguji alat-alat/sistem yang dicadangkan.
|
 |
Menyediakan dokumentasi manual
pengguna, manual standard operasi dan lain-lain dokumentasi yang digunakan untuk penyelenggaraan
peralatan/sistem yang dijalankan secara preventive maintenance dan ad-hoc mengikut
standard/piawaian yang ditetapkan.
|
 |
Menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap peralatan terkini selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi untuk mendapatkan kesesuaian sama ada peralatan terkini di pasaran boleh diguna pakai oleh
JMM untuk meningkat dan menambahbaikkan sistem sedia ada atau untuk membangunkan sistem baru yang
bersesuaian.
|
 |
Memantau perjalanan sistem pencerapan yang dibangunkan untuk memastikan tahap kecekapan dan keberkesanan sistem di samping untuk meningkatkan produktiviti tenaga kerja serta menambah baik fungsi sedia
ada.
|
 |
Memberi khidmat nasihat kepada pengguna berkaitan dengan alat-alat dan sistem yang dilaksanakan.
|
perkhidmatan
 |
Menyelenggara, menentukur dan membaik pulih alat-alat pencerapan cuaca yang diguna pakai di
stesen-stesen pencerapan.
|
 |
Meningkatkan dan memodenkan peralatan pencerapan permukaan selaras dengan perkembangan
terkini.
|
 |
Memberi latihan/kursus kepada kakitangan yang terlibat dengan
pengendalian, penyelenggaraan dan membaik pulih kerosakan kepada peralatan dan sistem yang diguna
pakai.
|
 |
Memberi khidmat nasihat kepada pengguna berkaitan dengan alat-alat dan sistem yang
dilaksanakan.
|
|