|
|
|
pengenalan
Sebelum ini, urusan antarabangsa dikendalikan oleh Unit Antarabangsa di bawah kelolaan Bahagian Khidmat Teknikal. Bahagian Antarabangsa dan Perhubungan ditubuhkan memandangkan peranan yang lebih luas dan beban program antarabangsa yang semakin bertambah. Dengan adanya Bahagian ini yang diketuai oleh seorang Pengarah Gred C48, pengukuhan perikatan strategik dengan agensi-agensi kajicuaca luar negara dapat dilaksanakan dengan lebih mantap dan berkesan lagi. Bahagian Antarabangsa dan Perhubungan sekarang telah diletakkan di bawah Program Pembangunan Teknikal yang diwujudkan pada tahun 2004.
Fungsi
 |
Penyelarasan hal ehwal kajicuaca antarabangsa serta aktiviti persidangan, kursus, mesyuarat antarabangsa yang dihadiri oleh pegawai-pegawai Jabatan
Meteorologi Malaysia yang diadakan di dalam dan di luar
negara. |
perkhidmatan
 |
Mengurus dan menyelaraskan semua program dan surat-menyurat dengan organisasi antarabangsa dan serantau mengenai perhubungan dan kerjasama dalam bidang
kajicuaca. |
 |
Mengurus dan menyelaras seminar/mesyuarat antarabangsa atau serantau yang diadakan di Malaysia. |
 |
Menyelaraskan penyertaan dan menjalankan persiapan untuk penyertaan pegawai-pegawai kajicuaca bagi program antarabangsa
berikut:- |
|
- Seminar
- Mesyuarat
- Bengkel
- Persidangan
- Kursus asas pegawai
- Latihan Kilang
|
|
CARTA ORGANISASI

PIAGAM PELANGGAN

ORANG DIHUBUNGI
Pengarah
Seksyen Antarabangsa dan Perhubungan
Jabatan Meteorologi Malaysia
Jalan Sultan,
46667 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 6(03) 79678100
Fax : 6(03)79550964
E-mail : kaliapan@met.gov.my
[ Kembali ]
|
|