|
|
|
pengenalan
Meteorologi
memainkan peranan penting dalam pembentukan, pengangkutan dan penyebaran
pencemaran udara. Diatas kesedaran ini, Jabatan Meteorologi Malaysia
telah menubuhkan Bahagian Kajian Alam Sekitar pada tahun 1976 untuk
menyumbang kepada pemuliharaan dan peningkatan kualiti alam sekitar dan
kemajuan pengetahuan dan pemahaman proses-proses atmosfera.
Fungsi-fungsi
Fungsi-fungsi
Bahagian adalah seperti berikut :
 |
Mengendali
dan mengekalkan sistem pemerhatian yang membekalkan data
mengenai komposisi atmosfera untuk mengesankan
perubahan-perubahan kritikal |
 |
Menyumbang
pembangunan kebangsaan yang lestari melalui pemonitoran,
penyelidikan dan kemudahan-kemudahan ramalan. |
 |
Menyumbang
kepada usaha-usaha kebangsaan, rantau dan global untuk memahami,
menyekat kemerosotan dan memulihkan alam sekitaran serta
membekalkan amaran mengenai kecemasan dan bencana. |
 |
Meningkatkan
pengetahuan mengenai persekitaran urban dan penggunaan
meterologi dan maklumat kualiti udara dalam perancangan,
pembinaan dan pengurusan kawasan-kawasan urban. |
perkhidmatan
 |
Membekalkan
data meteorologi dan kualiti udara daripada rangkaian stesen
pemonitoran untuk penggunaan awam, swasta dan komersial. |
 |
Mengeluarkan
amaran awal mengenai bencana alam sekitar melalui pemonitoran
perubahan-perubahan komposisi atmosfera dan keadaan alam
persekitaran. |
 |
Membekalkan
ramalan-ramalan kualiti udara |
 |
Menyelaras
respons jabatan terhadap bencana nuclear, penumpahan kimia,
peristiwa berjerebu dan kecemasan-kecemasan alam persekitaran
lain. |
 |
Menyumbang
kepada rangkaian “Global Atmosphere Watch” (GAW) di bawah
kelolaan ‘World Meteorological Organization” (WMO) bagi
penyelidikan pencemaran udara dan pengkajian penipisan lapisan
ozon. |
 |
Membekalkan
laporan-laporan status kualiti udara di tempat-tempat terpilih
di Malaysia |
 |
Menjalankan
penyelidikan bagi memajukan pengetahuan dan kefahaman mengenai
atmosfera. |
Rangkaian
Pemonitoran Pencemaran Udara, Bahagian Kajian Alam Sekitar
[ Seterusnya
]
|