|
|
| 1820 |
1820 Pencerapan cuaca bermula di Singapura. |
| 1883 |
Pencerapan tekanan udara, suhu dan hujan telah mula dibuat di Melaka dan Pulau Pinang oleh Jabatan Kesihatan. |
| 1906 - 1926 |
Stesen-stesen Kajicuaca didirikan di hospital-hospital di
dalam Persekutuan Tanah Melayu bertujuan untuk menjalankan pencerapan-pencerapan secara rutin. |
| 1921 |
Pencerapan cuaca telah dilakukan di Gunung Tahan (Pahang) selama dua tahun untuk mengkaji kemungkinan
mendirikan sebuah tempat pemulihan (sanatorium) di sana. |
| 1924 |
Jabatan Muzium telah mengambil alih fungsi pencerapan cuaca. |
| 1927 |
Cawangan Kajicuaca di Semenanjung Tanah Melayu telah dipindahkan dan dijadikan sebuah unit di Jabatan Ukur. |
| 1930 |
Cawangan Kajicuaca di Jabatan Ukur telah dibentuk menjadi sebuah unit lengkap Perkhidmatan Kajicuaca yang moden. |
| 1931 |
Ibu Pejabat Kajicuaca Pan Malaya telah ditubuhkan di Singapura. |
| 1938 |
Jawatan Pengarah Perkhidmatan Kajicuaca Malaya telah diperkenalkan. |
| 1.9.1946 |
Perkhidmatan Kajicuaca Malaya telah ditubuhkan secara rasmi di Singapura. |
| 1958 |
Jabatan Pejabat Kajicuaca telah ditubuhkan di Lapangan Terbang Simpang (Kuala Lumpur). |
| 9.8.1963 |
Ibu Pejabat telah dipindahkan ke Kuala Lumpur. |
| 9.8.1965 |
Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia telah ditubuhkan dan telah diletakkan
di bawah Kementerian Pengangkutan, dan serentak dengan itu perkhidmatan kajicuaca telah dipisahkan di antara Malaysia dan Singapura. |
| 1967 |
Bahagian Penyelidikan dan Latihan telah ditubuhkan. |
| 1.4.1968 |
Bahagian Meteorologi Satelit dan Bahagian Pemprosesan Data Elektronik telah di
tubuhkan. |
| 1968 |
Bangunan Ibu Pejabat
Kajicuaca telah siap dibina sepenuhnya. |
| 1.7.1969 |
Perkhidmatan Kajicuaca Sabah dan Sarawak telah diambil alih daripada Jabatan Penerbangan Awam. |
| 1970 |
Unit Meteorologi Hidro telah ditubuhkan. |
| 1973 |
Bahagian Kajicuaca Pertanian telah ditubuhkan. |
| 1975 |
Penubuhan Unit Alatan Meteorologi, Bahagian Kajian Alam Sekitar, Bahagian Marin dan Bahagian Seismologi. |
| 1984 |
Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia telah dipindahkan
di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. |