|
Jabatan Meteorologi Malaysia berusaha
memberikan perkhidmatan meteorologi dan geofizik yang berkualiti
tinggi bagi memenuhi keperluan ekonomi dan keselamatan negara kita.
Kami berjanji akan melaksanakan perkara-perkara yang berikut:-
Perkhidmatan Ramalan Cuaca
-
Semua perkhidmatan meteorologi yang diberikan
kepada penerbangan awam mematuhi sepenuhnya Piawaian dan
amalan-amalan yang dicadangkan oleh ICAO.
-
Semua dokumen ramalan cuaca untuk penerbangan
antarabangsa dan domestik akan disiapkan masing-masing 3 dan 2 jam
sebelum penerbangan.
-
Sebarang pertanyaan berhubung dengan maklumat
cuaca dan keadaan laut yang dikemukakan melalui telefon atau
datang sendiri ke pejabat ramalan pada sebarang masa (24 jam
termasuk hari Ahad dan cuti am) akan dijawab dengan segera dan
berbudi bahasa.
-
Amaran tentang cuaca buruk, angin kencang dan
laut bergelora akan dikeluarkan melalui media masa untuk
memberitahu secepat mungkin kepada orang awam tentang
keadaan-keadaan cuaca buruk dan/atau keadaan laut yang diramalkan
akan berlaku.
Perkhidmatan
Seismologi dan Tsunami
-
Permohonan untuk mendapatkan maklumat
seismologi akan dijawab dengan secepat mungkin dan tidak lewat
dari 3 hari dari tarikh permohonan diterima.
-
Maklumat awal berkaitan gempa bumi dan tsunami
tempatan akan dikeluarkan dalam tempoh 15 minit dari masa kejadian
gempa tersebut.
Perkhidmatan Pembenihan Awan
-
Kajian kemungkinan ke atas setiap
permohonan operasi pembenihan awam akan disiapkan
selewat-lewatnya dalam tempoh 2 minggu.
-
Bagi kepentingan negara tindakan
serta-merta akan diambil untuk menjalankan operasi pembenihan
awan.
Perkhidmatan
Meteorologi Lautan dan Oseanografi
-
Semua ramalan keadaan laut akan dikeluarkan
sebelum pukul 4:00 petang setiap hari.
-
Nasihat/amaran angin kencang dan laut bergelora
atau cuaca buruk akan dikeluarkan sebaik sahaja fenomena itu
diramalkan akan berlaku.
-
Semua permohonan untuk perkhidmatan maklumat
meteorologi lautan dan oseanografi akan dijawab secepat mungkin
dan tidak lewat dari 5 hari selepas tarikh permohonan diterima.
Perkhidmatan Kajiklim
-
Semua permohonan bagi mendapatkan maklumat dan
nasihat iklim akan dijawab secepat mungkin dan tidak lewat dari 5
hari selepas permohonan diterima.
-
Buletin Cuaca Bulanan dan Ringkasan Pencerapan
Cuaca Bulanan akan diterbitkan dalam tempoh 7 hari pertama bulan
berikutnya.
-
Ringkasan Tahunan Pemerhatian Cuaca bagi semua
stesen auksiliari akan diterbitkan dalam tempoh 2 minggu selepas
semua data diperolehi.
-
Ringkasan Tahunan Pemerhatian Cuaca bagi stesen
meteorologi utama akan diterbitkan dalam tempoh satu bulan pertama
tahun berikutnya.
Perkhidmatan
Meteorologi Pertanian
-
Semua permohonan untuk mendapatkan maklumat dan
nasihat meteorologi pertanian akan dijawab secepat mungkin dan
tidak lewat dari 5 hari selepas tarikh permohonan diterima.
-
Buletin Meteorologi Pertanian bagi setiap dekad
(10 hari) akan dikeluarkan kepada pelanggan tidak lewat dari 5
hari selepas hujung dekad berkenaan.
Perkhidmatan
Meteorologi Alam Sekitar
-
Semua permohonan untuk mendapat maklumat dan
nasihat akan dijawab secepat mungkin dan tidak lewat dari 5 hari
selepas tarikh permohonan diterima.
-
Maklumat meteorologi alam sekitar bagi maksud
kecemasan akan dibekalkan dalam tempoh 24 jam.
|