Pengenalan
Fungsi
Perkhidmatan
Carta Organisasi Bahagian
Piagam Pelanggan
Orang Dihubungi

pengenalan

Bahagian Komputer di Ibu Pejabat diwujudkan untuk memberi perkhidmatan ICT bagi memantau semua data-data cuaca, laut dan sismik. 
Bahagian ini juga menyediakan infrastruktur ICT yang terkini. Tambahan pula ia bertindak sebagai tulang belakang dan perantara bagi semua perkhidmatan ICT Jabatan. Ia bagi mempastikan penggunaan komputer adalah terancang, mencukupi dan berkesan dalam perjalanan urusan harian dan pentadbiran jabatan.

Fungsi

Fungsi utama bahagian ini adalah untuk menguruskan keperluan peralatan dan perisian komputer dengan lebih berkesan dan bersesuaian bagi keperluan semua bahagian. Empat unit telah dibentuk untuk memenuhi semua fungsinya. Fungsi-fungsinya adalah seperti berikut: 

Mengawalselia Laman Web Jabatan.
Mengendalikan Rangkaian Telekomputerisasi Jabatan dan Computer Message Switching System (CMSS).
Menyunting, mendikod, memproses dan mengeluarkan semua data cuaca dan termasuk mengawasi penghantaran dan penerimaan data Global Telecommunication System (GTS) dan Aeronautical Fixed Telecommunication Network (AFTN) serta mengemaskini data-data masa sebenar.
Menyelenggara Pangkalan Data Talian Telekomunikasi Jabatan.
Mengawalselia aplikasi Data Entry Communication System (DECS) di Ibu Pejabat dan semua Stesen Kajicuaca Utama.
Mengawalselia aplikasi MAKLIM+ (Maklumat Kajiklim) di Ibu Pejabat.
Mengawalselia serta membangunkan aplikasi Intranet Jabatan.
Mengawasi Emel Jabatan.
Memberi bantuan teknikal kepada semua bahagian.

perkhidmatan

Bahagian Komputer juga memberi perkhidmatan seperti :

Memberi perkhidmatan ICT yang cekap kepada jabatan. 
Menjaga keselamatan ICT jabatan.
Membenteras perbuatan salah guna dan kecurian asset ICT jabatan serta menjamin peralatan berfungsi secara berterusan.
Menyediakan backup dan recovery untuk pangkalan data dan memastikan ianya senang diterima dan mudah dicapai.
Memastikan data-data adalah selamat dan hanya boleh dicapai oleh kakitangan yang sah sahaja.
Menjamin kelancaran Rangkaian Jabatan di seluruh negara.
Menyempurnakan pelbagai pemprosesan data cuaca yang diminta oleh kakitangan dalam tempohnya.
Mengawalselia dan memantau Emel Jabatan dengan serta merta dari sebarang ancaman.
Bersedia memberi nasihat teknikal yang inovatif dan berkualiti secara langsung.
Sentiasa mengkaji serta mengemaskini Laman Web Luaran dan Dalaman Jabatan.

Kembali ] [ Seterusnya ]