Pengenalan
Fungsi
Perkhidmatan
Carta Organisasi Bahagian
Piagam Pelanggan
Orang Dihubungi

pengenalan

Bahagian Kualiti telah dengan rasminya diwujudkan mulai tarikh 1 Januari 2004 setelah berlakunya penyusunan semula Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) yang diluluskan oleh Kerajaan mengikut Seksyen 15 (3) Akta Prosedur Kewangan, 1957 melalui Waran Perjawatan Bil. E 38 Tahun 2003 bertarikh 2003 27 Disember 2003.

Bahagian ini telah diletakkan di bawah pengurusan Program Sumber Manusia dan Kualiti.

Fungsi

Fungsi utama bahagian ini adalah:

Memantau, menyelaras dan menggerakkan budaya kerja cemerlang yang menjurus kepada peningkatan kualiti perkhidmatan.
Mengurus dan menjalankan aktiviti-aktiviti ke arah peningkatan kualiti dan produktiviti Jabatan secara menyeluruh. 
Bertanggungjawab menentukan aktiviti-aktiviti tahunan Jabatan yang melibatkan kualiti dan menyediakan struktur atau mekanisma yang sesuai bagi mengurus dan mengawasi pelaksanaan program-program kualiti.
Menjadi pemandu kepada program-program kualiti dan produktiviti Jabatan.
Bertanggungjawab sebagai penggubal dasar kualiti Jabatan, merangka strategik-strategik penerapan nilai-nilai amalan kualiti, menentukan tanda aras yang perlu dipatuhi.

perkhidmatan

Bahagian Kualiti memberi perkhidmatan seperti berikut:

Menyediakan piawai dan mensasarkan penanda aras tahap kualiti produktiviti yang perlu dipatuhi oleh Jabatan.
Menyediakan garis panduan pelaksanaan peningkatan kualiti Jabatan supaya sentiasa selaras dengan kehendak Jabatan.
Menyelaras dan melaksanakan program-program kualiti seperti berikut:-
- Membentuk Manual Prosedur Kerja Jabatan
- Hari Bertemu Pelanggan Jabatan
- Hari Bertemu Pelanggan Kementerian
- Pertandingan Piagam Pelanggan Jabatan
- Pertandingan Piagam Pelanggan Kementerian
- Pertandingan KMK Jabatan
- Pertandingan KMK Kementerian
- Pertandingan Stesen Kajicuaca Terindah
- Pertandingan Pejabat Kajicuaca Terbaik
- Pertandingan Kaunter Terbaik Kementerian
- Pertandingan Inovasi

Kembali ] [ Seterusnya ]