Pengenalan
Fungsi
Perkhidmatan
Kursus dan Permohonan
Carta Organisasi Bahagian
Piagam Pelanggan
Orang Dihubungi

PENGENALAN

Kursus-kursus yang dikendalikan oleh Unit Latihan JMM adalah dikategorikan kepada tiga jenis. Keutamaanya kursus asas bagi kakitangan JMM yang baru dilantik, kemudian kursus berjadual bagi kakitangan JMM yang sedia ada dan akhirnya, kursus bagi calon-calon dari agensi luar.

Tujuan

Merancangkan kursus-kursus yang berkualiti berdasarkan kepada keperluan meteorologi masakini dan juga bidang-bidang yang berkaitan dengan memastikan khidmat-khidmat kajicuaca yang disediakan oleh jabatan adalah berlandaskan kepada kepiawaian yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Kajicuaca Sedunia (World Meteorological Organisation) dan Pertubuhan Penerbangan Awan Antarabangsa (International Civil Aviation Organisation).

Misi

Melatih dengan mematuhi syarat-syarat dan prosidur-prosidur taraf latihan Pertubuhan Kajicuaca Sedunia (World Meteorological Organisation) dan JMM.

FUNGSI

Fungsi utama Unit Latihan ialah sebagai penyelaras untuk semua kursus latihan jabatan. Kerana itu Unit Latihan bertanggungjawab memastikan kursus-kursus yang dijalankan bermutu tinggi dan mencapai objektif. Unit Latihan juga bertanggungjawab menyelaraskan semua peperiksaan jabatan.

PERKHIDMATAN

Menggubal jadual untuk semua kursus latihan
Mengendali kursus latihan asas bagi kakitangan baru JMM
Mengendali kursus ulangkaji bagi kakitangan JMM yang sedia ada
Mengawas semua peperiksaan jabatan
Membuat penilaian bagi semua kursus latihan
Memastikan kemudahan kursus dan sebagainya adalah lengkap
Memelihara alat-alat kajicuaca dan semua kelengkapan Unit Latihan
Menyelenggara Stok Unit Latihan
Menyelia dan menjaga kebajikan peserta yang mengikuti kursus latihan
[ Kembali ] [ Seterusnya ]