![]() |
|
|
|
|
|
|
||||||
|
Bahagian Pembangunan Ramalan Cuaca Numerikal (NWP) telah dengan rasminya diwujudkan mulai pada tarikh 1 Januari 2004 apabila berlaku penyusunan semula JMM yang diluluskan oleh Kerajaan mengikut Seksyen 15(3) Akta Prosedur Kewangan, 1957 melalui Waran Perjawatan Bil. E 38 Tahun 2003 bertarikh 27 Disember 2003. Sebenarnya Bahagian baru ini wujud melalui kenaikan taraf kepada Unit NWP sediada di bawah Bahagian Penyelidikan yang telah beroperasi semenjak 2 haribulan Januari 2002. Apakah Model Ramalan Cuaca Numerikal [Numerical Weather Prediction (NWP)]? Menginstitusikan model-model ramalan cuaca numerikal untuk memberi perkhidmatan analisis dan prognosis cuaca yang komprehensif dan efisyen untuk rujukan utama Jabatan dan Negara. (i) Menyediakan produk ramalan cuaca numerikal (NWP) untuk rujukan Jabatan. (ii) Membantu pengguna-pengguna dalam kegunaan produk-produk NWP.
[ Kembali ] [ Seterusnya ] |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||