Pengenalan
Objektif
Fungsi
Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
Orang Dihubungi

PENGENALAN

Urusan perkhidmatan sebelum ini dikendalikan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan yang antara lain menguruskan tugas-tugas Kewangan, dan Pentadbiran.Dengan pengenalan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan keperluan untuk mengadakan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan lain-lain keperluan yang perlu menyebabkan struktur sedia ada tidak lagi relevan.

Oleh itu, dalam penyusunan semula melalui Waran Perjawatan Bil E 38/2003 bertarikh 23 Disember 2004, Bahagian Perkhidmatan dijadikan satu bahagian yang berasingan.

Bahagian Perkhidmatan menjalankan Sebelas (11) fungsi utama dan ia bertanggungjawab dalam urusan-urusan berkaitan dengan perkhidmatan bagi semua Bahagian-bahagian, Pejabat-pejabat Wilayah, dan Stesen-stesen di seluruh Malaysia 

OBJEKTIF

 

Menguruskan permohonan pengisian jawatan tetap dan sementara.
Menguruskan pengesahan lantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen dan perlanjutan tempoh percubaan.
Urusan pencen dan penerimaan faedah persaraan mengikut syarat-syarat perkhidmatan.
Menguruskan cuti berdasarkan Perintah Am Bab C
Menguruskan permohonan/perlantikan pekerja kontrak
Menguruskan elaun-elaun/ saraan/ elaun menanggung kerja/ kemudahan perubatan
Menguruskan pengiktirafan anggota melalui anjakan gaji
Urusetia Anugerah Khidmat Cemerlang
Menyelaras Laporan Perisytiharan Harta
Memperakukan Laporan Perisytiharan Harta dan dimajukan kepada Ketua Pengarah untuk kelulusan
Menguruskan proses Kenaikan Pangkat, pemangkuan dan tanggung kerja.
Menguruskan Laporan Tatatertib
Menguruskan Laporan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP)

FUNGSI

Urusan Pelantikan
Urusan Pengesahan Pelantikan dan Pengesahan dalam Perkhidmatan
Urusan Pengisian Jawatan Kosong
Urusan Kenaikan Pangkat, Pemangkuan dan Tanggung Kerja
Urusan Persaraan
Urusetia Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)
Urusan Permohonan dan Merekod Cuti
Penyelaras Perisytiharan Harta
Urusan AnjakanGaji
Urusan Tatatertib
Rekod Perkhidmatan

 

[ Kembali ] [ Seterusnya ]