Pengenalan
Fungsi
Perkhidmatan
Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
Orang Dihubungi

pengenalan

Bahagian Pembangunan Sumber merupakan salah satu bahagian di bawah Program Sumber Manusia dan Kualiti yang diwujudkan pada tahun 2004 hasil daripada penyusunan semula Jabatan Meteorologi Malaysia yang diluluskan oleh Kerajaan mengikut Seksyen 15(3) Akta Prosedur Kewangan, 1957 melalui Waran Perjawatan Bil.E. 38 Tahun 2003 bertarikh 27 Disember 2003. Bahagian ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk membangunkan organisasi Jabatan Meteorologi  Malaysia dan memastikan perancangan dan perlaksanaan program-program kemajuan sumber manusia yang berkesan.

Fungsi-fungsi

Fungsi-fungsi Bahagian adalah seperti berikut :

Menggubal dasar personel Jabatan termasuk pengambilan, penempatan, kenaikan pangkat, keperluan latihan, suasana kerja, motivasi dan penghargaan serta menguruskan hubungan majikan dan pekerja ke arah mewujudkan suasana yang harmonis.
Melaksanakan perkara-perkara berkaitan dengan pentadbiran am.

perkhidmatan

Menguruskan pertukaran dan penempatan kakitangan dengan mengambilkira kepentingan Jabatan, kebajikan kakitangan dan kemajuan kerjaya kakitangan.
Menyedia dan mengemaskini rekod jawatan-jawatan, penyandang-penyandang jawatan, kekosongan-kekosongan dan jawatan-jawatan baru yang diluluskan.
Mengenalpasti dan memantau permasalahan anggota-anggota JMM yang bermasalah dan berprestasi rendah supaya prestasi mereka boleh meningkat.

 

[ Kembali ] [ Seterusnya ]