|
|
|
PENGENALAN
Bahagian Khidmat Pengurusan telah wujud mulai tahun 1998. Menyedari kepentingan kewangan dan pentadbiran am kepada Jabatan, maka Bahagian Kewangan dan Pentadbiran telah wujud dengan rasminya mulai tarikh 1 Januari 2004 setelah berlakunya penyusunan semula Jabatan
Meteorologi Malaysia (JMM) yang diluluskan oleh Kerajaan mengikut Seksyen 15 (3) Akta Prosedur Kewangan, 1957 melalui Waran Perjawatan Bil. E 38 Tahun 2003 bertarikh 27 Disember 2003. Penyusunan semula ini bertujuan untuk memastikan pengurusan pejabat berjalan dengan lancar. Terdapat 5 Unit di bawah Bahagian Kewangan dan Pentadbiran iaitu Unit Kewangan, Unit Perolehan, Unit Penyelenggaraan Bangunan dan Kenderaan, Unit Percetakan dan Unit
Stor.
OBJEKTIF
 |
Untuk menentukan pengurusan pentadbiran pejabat berjalan dengan cekap dan teratur dari segi urusan Kewangan, Perolehan, Pentadbiran, Penyelenggaraan Bangunan & Kenderaan, Stor serta
Percetakan. |
 |
Untuk memberi khidmat bantuan dalam semua urusan pentadbiran dengan lebih cekap dan sistematik supaya perkhidmatan tersebut dapat diterima diperingkat keperluan dengan baik dan
sempurna. |
FUNGSI
 |
Unit Kewangan |
|
Untuk
memantau dan menyelaraskan urusan pembayaran dan perbelanjaan
Jabatan |
 |
Unit Perolehan |
|
Untuk memantau dan menyelia urusan perolehan Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Jabatan |
 |
Unit Penyelenggaraan
Bangunan dan Kenderaan |
|
Untuk memantau dan menyelia Bangunan dan Kenderaan Jabatan |
 |
Unit Percetakan |
|
Untuk menyediakan kerja-kerja percetakan yang bermutu tinggi. |
 |
Unit Stor |
|
Untuk menyelaras bekalan aset-aset, stok dan inventori Jabatan.
|
CARTA ORGANISASI
[ Kembali ] [ Seterusnya
]
|