|
|
|
pengenalan
Pejabat
Kajicuaca Wilayah di Bayan Lepas telah ditubuhkan pada bulan Februari
1978 di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Satu rangkaian
merangkumi 6 buah stesen pencerapan cuaca permukaan, 1 stesen udara atas,
1 stesen radar dan 1 stesen penerima satelit bumi telah ditubuhkan
dengan fungsi utamanya untuk sentiasa mengawasi keadaan cuaca secara
berterusan dan menyediakan data-data kajicuaca untuk kegunaan ramalan
cuaca bagi kawasan-kawasan di utara Semenanjung Malaysia.
fungsi
 |
Untuk
menyelenggarakan pengawasan cuaca secara berterusan. |
 |
Untuk
menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan kajicuaca yang wajib bagi
penerbangan-penerbangan awam dan tentera. |
 |
Untuk
mengeluarkan ramalan cuaca am kepada orang awam. |
 |
Untuk
mengeluarkan nasihat atau amaran bagi keadaan-keadaan cuaca yang
buruk atau melampau apabila perlu. |
 |
Untuk
menyediakan ramalan dan tinjauan cuaca khusus. |
perkhidmatan
 |
Dokumen
cuaca penerbangan untuk penerbangan-penerbangan antarabangsa dan
juga dalam negeri. |
 |
Ramalan
cuaca am kepada orang awam.dan hotel |
 |
Ramalan
cuaca radio dikeluarkan setiap 8 jam |
 |
Maklumat
dan nasihat kepada pengguna-pengguna data cuaca yang terdiri
daripada pelbagai sektor seperti pembinaan, pelancongan,
perindustrian, pertanian, perikanan dan laut. |
 |
Amaran
awal akan berlakunya fenomena cuaca buruk seperti kemarau, kabut
dan jerebu, hujan lebat atau hujan monsun serta ribut petir. |
 |
Membekalkan
data kajicuaca semasa. |
[ Kembali ] [ Seterusnya
]
|