![]() |
|
|
|
|
|
|
||||||
|
Pejabat Meteorologi Butterworth terletak di dalam kawasan Lapangan Terbang Tentera Udara DiRaja Malaysia. Pejabat ini pada mulanya dikendalikan oleh Tentera Udara Australia, dan telah diserahkan kepada Jabatan Meteorologi Malaysia pada tahun 1985 apabila Tentera Udara Australia meninggalkan negara ini. Pejabat Kajicuaca ini terletak kira-kira 15 km dari Jambatan Pulau Pinang yang menyambungkan Pulau Pinang dengan Semenanjung.
Jabatan Meteorologi Malaysia merupakan sebuah perkhidmatan awam, tetapi perkhidmatan yang disediakan di Pejabat Meteorologi Butterworth lebih tertumpu kepada penyediaan ramalan cuaca bagi TUDM dan RAAF serta lain-lain dalam operasi-operasi pelan penerbangan harian mereka.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||