![]() |
|
|
|
|
|
|
||||||
|
Pejabat Ramalan Pusat (CFO), di Ibu Pejabat Meteorologi di Petaling Jaya, telah ditubuhkan pada 15 Jun 1997. CFO beroperasi 24 jam sehari dan 365 hari setahun, dan membekal perkhidmatan ramalan cuaca am yang menyeluruh kepada media massa dan orang awam. CFO dikendalikan oleh sejumlah 20 orang kakitangan bertugas giliran. CFO bertanggungjawab di atas pembekalan semua perkhidmatan ramalan cuaca am kepada orang awam dan media massa. CFO bertanggungjawab membekalkan perkhidmatan kajicuaca berikut:-
CFO juga membekal ramalan cuaca khas bila permohonan diterima. Bayaran nominal adalah dikenakan atas pembekalan maklumat tersebut dan jumlah bayaran berdasar atas jumlah maklumat yang dikehendaki. Untuk pertanyaan selanjut mengenai ramalan cuaca khas, sila hubungi 03-79569422 ext. 334, 335, or 336 dan semua permohonan ramalan cuaca boleh difakskan kepada 03-79578052 atau 03-79588221. CFO menjalankan pemantauan cuaca secara berterusan untuk seluruh negara dan mengeluarkan amaran cuaca buruk berikut: (a) Amaran Ribut Petir Amaran jangka
pendek ini dikeluarkan apabila berlaku tanda-tanda yang dapat dikesan
dari (b)
Amaran hujan lebat dan angin kencang di kawasan darat Amaran
ini akan dikeluarkan apabila (a) terdapat tanda-tanda awal kemungkinan
berlaku hujan lebat monsun, (b) angin kencang atau hujan lebat berkaitan
dengan sistem tekanan rendah/lekukan tropika (tropical depression) /ribut
tropika di kawasan darat. Amaran ini dikategorikan kepada tiga paras
amaran, KUNING,
OREN
DAN MERAH.
[ Kembali ] [ Seterusnya ] |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||