|
pengenalan
Pejabat Meteorologi Gong
Kedak terletak di antara Sempadan Negeri Kelantan dan Terengganu telah
dibuka pada tahun 2004 untuk memberi perkhidmatan meteorologi kepada
TUDM Gong Kedak sempena penempatan Skuadron Pesawat Pejuang Sukoi.
Pejabat Meteorologi Gong Kedak
telah beroperasi dengan sepenuhnya pada bulan Februari 2007. Pejabat
Meteorologi Gong Kedak dipertanggungjawabkan untuk membekal khidmat
cuaca penerbangan yang cekap demi memenuhi keperluan operasi
penerbangan tentera Udara di Negeri Kelantan dan Terengganu. Beberapa
perkhidmatan ramalan cuaca umum juga dikemaskini setiap hari untuk
kepentingan masyarakat setempat.
Fungsi
 |
Untuk
menyelenggarakan pengawasan cuaca secara berterusan di Kelantan,
dan Terengganu. |
 |
Untuk menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan meteorologi kepada
Tentera Udara DiRaja Malaysia demi keselamatan pesawat TUDM. |
 |
Mengeluarkan ramalan cuaca kawasan untuk sekurang-kurangnya 3
kawasan utama setiap hari untuk kegunaan TUDM. |
 |
Mengeluarkan amaran
cuaca buruk bagi kawasan Lapangan Terbang Gong Kedak. |
 |
Mengeluarkan ramalan cuaca untuk negeri-negeri Terengganu dan
Kelantan kepada orang awam. |
[
Kembali
] [ Seterusnya
]
|