Pengenalan
Fungsi
Perkhidmatan
Carta Organisasi Bahagian
Piagam Pelanggan
Orang Dihubungi

pengenalan

Jabatan Meteorologi Malaysia Cawangan Sabah bertanggungjawab untuk mengurus dan mengendalikan program pencerapan cuaca serta pengeluaran ramalan cuaca di Negeri Sabah. Pejabat Ramalan Cuaca bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan beroperasi 24 jam sehari. Stesen pencerapan cuaca utama berada di Kota Kinabalu, Kudat, Sandakan dan Tawau. Disamping itu, terdapat 60 stesen pencerapan hujan dan suhu yang dikendalikan oleh agensi-agensi kerajaan dan syarikat swasta secara sukarela.

fungsi

Menjalankan pencerapan dan pemantauan cuaca.

Mengeluarkan ramalan cuaca dan amaran cuaca untuk pihak penerbangan, aktiviti laut, media massa, pihak mengurus bencana dan orang awam.

Memantau aktiviti gempa bumi.
Membekal maklumat dan data cuaca.

perkhidmatan

Mengeluarkan ramalan cuaca harian.
Membekal ramalan cuaca permintaan khas.
Mengeluarkan amaran cuaca buruk.
Mengeluarkan ramalan keadaan laut dan angin.
Mengeluarkan maklumat dan membekal data gempa bumi.
Membekal data hujan, suhu dan angin.
Membekalkan laporan cuaca dan dokumentasi penerbangan kepada syarikat penerbangan dan Lapangan Terbang.

carta organisasi bahagian

 

[ Kembali ] [ Seterusnya ]