 |
Membuat pemonitoran yang
berterusan bagi Wilayah Maklumat Penerbangan Kuala Lumpur (FIR
Kuala Lumpur) dan untuk mengeluarkan amaran-amaran cuaca ketara
(SIGMET) bagi parameter-parameter yang spesifik (seperti ramalan
atau maklumat tentang berlakunya ribut petir yang menyeluruh
atau debu gunung berapi) yang sangat penting bagi keselamatan
operasi penerbangan. |
 |
Membuat permonitoran keadaan
cuaca di sekitar KLIA dan mengeluarkan amaran kawasan lapangan
terbang sekiranya keadaan memerlukan. |
 |
Membuat pencerapan cuaca secara
rutin setiap setengah jam dan juga pencerapan khas di kawasan
lapangan terbang serta mengeluarkan ramalan pendaratan untuk
tempoh masa 2 jam bagi setiap pencerapan. |
 |
Menyediakan Ramalan Lapangan
Terbang (Terminal Aerodrome Forecast)setiap enam jam. |
 |
Mengeluarkan carta Cuaca Ketara
(Significant Weather Chart) pada setiap 6 jam dan 12 jam. |
 |
Membekalkan maklumat
meteorologi kepada Perkhidmatan Pengurusan Trafik Udara (ATMS),
Pusat Operasi Lapangan Terbang (AOC) dan Operasi-Operasi Mencari
dan Menyelamat (SAR). |
 |
Mengeluarkan QNH kawasan (tekanan
udara) untuk FIR Kuala Lumpur pada setiap 6 jam. |
 |
Membekalkan maklumat
"shear" angin paras rendah dan "microburst"
kepada Pengawal Trafik Udara (ATC). |
 |
Membekalkan maklumat petir/kilat
kepada operator "Fuel Farm". |
 |
Membekalkan amaran angin
kencang kepada operator Sistem Transit Landasan. |
 |
Membekalkan dokumentasi dan
sekiranya perlu, memberikan taklimat cuaca kepada
penerbangan-penerbangan antarabangsa dan domestik. |
 |
Pejabat Kajicuaca di KLIA juga
bertanggungjawab untuk membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan
meteorologi penerbangan kepada Pejabat-Pejabat Kajicuaca Wilayah
di Pulau Pinang, Butterworth, Kuantan dan Subang apabila
diperlukan. |