Pengenalan
Fungsi
Perkhidmatan
Carta Organisasi Bahagian
Piagam Pelanggan
Peta Lokasi
Orang Dihubungi

pengenalan

Pejabat Kajicuaca Kuantan yang terletak 15km dari bandar Kuantan telah dibuka di zaman British pada tahun 1951 hanya sebagai Stesen Kajicuaca . Selepas tahun 1968 ,Pejabat Kajicuaca Kuantan telah  beroperasi  dengan sepenuhnya. Pejabat Kajicuaca Kuantan dipertanggungjawabkan  untuk  membekal   khidmat  kajicuaca penerbangan  yang  cekap  demi  memenuhi  keperluan  operasi  penerbangan  tentera dan awam di  Lapangan  Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan.Di samping itu juga beberapa perkhidmatan ramalan cuaca umum  dikemaskinikan setiap hari untuk kepentingan masyarakat setempat.

Pejabat ini dilengkapi dengan pelbagai  kemudahan seperti  sistem penerimaan gambar setelit GMS Jepun ,Radar pengesan ribut petir serta hujan dan talian internet .Pejabat ini juga dalam proses mendapatkan  sijil MS  ISO  9002.

Fungsi

Untuk menyelenggarakan pengawasan cuaca secara berterusan di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Untuk menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan kajicuaca kepada Tentera Udara DiRaja Malaysia dan Penerbangan Awam demi keselamatan kapal terbang, pilot dan penumpang-penumpang.
Untuk mengeluarkan nasihat dan amaran keadaan-keadaan cuaca buruk bagi keselamatan awam dan mengurangkan kerosakan kepada harta benda.

perkhidmatan

Mengeluarkan ramalan cuaca untuk negeri-negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan menerusi Radio 3 setiap 3 jam kepada orang awam.
Mengeluarkan ramalan cuaca setiap hari kepada agensi-agensi perkapalan dan kerja-kerja laut.
Mengeluarkan ramalan cuaca setiap hari kepada Bilik Gerakan Operasi Banjir Negeri semasa monsun timur-laut.
Mengeluarkan ramalan cuaca kawasan untuk sekurang-kurangnya 3 kawasan utama setiap hari untuk kegunaan TUDM.
Mengeluarkan amaran cuaca buruk bagi kawasan Lapangan Terbang Kuantan.
Mengeluarkan amaran cuaca buruk dan angin kencang kepada orang awam.