Pengenalan
Fungsi
Perkhidmatan
Carta Organisasi Bahagian
Piagam Pelanggan
Orang Dihubungi

pengenalan

Pejabat Ramalan Cuaca KIA Kuching diwujudkan sebagai satu Bahagian dalamJabatan Meteorologi Malaysia Cawangan Sarawak untuk mengurus dan mengendalikan sambil mengekalkan program Ramalan Cuaca untuk Penerbangan, Media Massa, Syarikat Swasta dan orang-orang perseorangan di peringkat Negeri Sarawak.

Fungsi

Fungsi-fungsi utama untuk menjamin ' Output ' berterusan yang berkualiti bagi menyokong aktiviti ramalan cuaca dan klimatologi nasional serta mengekalkan komitmen Negara dalam program pengawal cuaca sedunia(World Weather Watch) demi kesejahteraan penduduk dunia adalah dilaksanakan di bawah 3 tajuk yang berikut:-

     i)   Pentadbiran Am
     ii)  Penyelenggaraan
     iii) Jaminan Kualiti

perkhidmatan

Pembekalan maklumat cuaca seperti ramalan cuaca menjadi perkhidmatan yang utama disediakan oleh Pejabat Ramalan Cuaca Kuching.

Perkhidmatan-perkhidmatan utama yang dijalankan di Pejabat Ramalan Cuaca Kuching adalah seperti berikut:-

Mengeluarkan ramalan cuaca harian untuk Penerbangan, media massa dan orang-orang perseorangan.

Mengeluarkan ramalan cuaca khas untuk permintaan sesuatu projek dan permintaan yang khusus.

Menjalankan tinjauan cuaca am dan memonitor serta mengemaskinikan ramalan cuaca bila perlu.

Mengeluarkan amaran cuaca buruk bila perlu.

Menjawab pertanyaan berkaitan cuaca.

Membekalkan laporan cuaca semasa, ramalan cuaca pendaratan dan amaran cuaca buruk termasuk ricih angin dan microburst kepada Pusat Trafik Udara.

Membekalkan dokumentasi penerbangan kepada agen-agen pengendalian di darat dan syarikat penerbangan.

Membekalkan maklumat "Awas Cuaca" kepada Kerajaan Negeri, Jawatankuasa Bencana Alam Sarawak, agensi-agensi Kerajaan seperti DID, Jabatan Laut dll.

Mengendali operasi pembenihan awan untuk meningkatkan punca air dan mencegah jerebu.

[ Kembali ] [ Seterusnya ]