|
pengenalan
Pejabat
Meteorologi Subang
kini berada di Terminal 2, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz
Shah (SAAS). Ia beroperasi 24 jam sehari dan 365 hari setahun. Pejabat
ini mengeluarkan pelbagai perkhidmatan meteorologi penerbangan yang
mematuhi peruntukan-peruntukan yang terdapat di dalam "Annex 3
to the Convention of International Meteorological Practices - Regional
Supplementary Procedures". Kakitangan yang mengendalikan
pejabat ini adalah seramai 17 orang.
Fungsi
Pejabat
ini bertanggung jawab dalam memberikan perkhidmatan-perkhidmatan
kajicuaca kepada kapal-kapal terbang yang menggunakan Lapangan
Terbang SAAS di Subang. Sebagai sebuah pejabat kajicuaca wilayah, ia
menerima kebanyakan keluaran-keluaran meteorologi untuk penerbangan dari Pejabat Kajicuaca Utama di KLIA menerusi Terminal Taklimat
Penerbangan (ABT) atau faks.
perkhidmatan
 |
Dokumentasi
meteorologi lengkap dan taklimat kepada semua penerbangan
antarabangsa dan dalam negeri yang berlepas dari Lapangan
Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. |
 |
Ramalan
Cuaca untuk Lapangan Terbang (TAF) yang sah selama 24 jam. |
 |
Carta-carta cuaca ketara dan carta-carta
angin ramalan pada waktu-waktu yang telah ditetapkan. |
 |
Amaran-amaran lapangan terbang mengenai
parameter-parameter cuaca yang penting dari segi keselamatan
penerbangan apabila perlu. |
 |
Amaran SIGMET iaitu amaran tentang cuaca
bererti bagi Kawasan Maklumat Penerbangan (FIR) Kuala Lumpur
mengenai parameter-parameter cuaca yang penting dari segi
keselamatan kapal terbang. |
 |
Maklumat Meteorologi untuk Perkhidmatan
Trafik Udara (ATS). |
 |
Nasihat dan amaran tentang Ribut Tropika
dan debu gunung berapi. |
 |
Ramalan bagi QNH terendah untuk Kawasan
Maklumat Penerbangan (FIR) Kuala Lumpur . |
[ Kembali
] [ Seterusnya ]
|