![]() |
|
|
|
|
|
|
||||||
|
Bahagian Seismologi Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) telah ditubuhkan pada tahun 1974. Penubuhan Bahagian ini adalah bertujuan sebagai pusat pemantauan aktiviti seismik dan gempa bumi di Malaysia dan di kawasan persekitarannya sebagai memenuhi permintaan yang tinggi untuk maklumat seismologi.
Pemantauan aktiviti seismik secara sistematik di Malaysia bermula pada tahun 1976 dengan pelaksanaan Program Seismologi Untuk Asia Tenggara yang ditaja oleh UNESCO. Pada ketika ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) mengendali sejumlah 12 buah stesen seismologi di seluruh negara; 5 di Semenanjung Malaysia iaitu di Petaling Jaya, Kuala Lumpur (FRIM), Ipoh, Kluang dan Kuala Terengganu; 4 di Sabah iaitu di Kota Kinabalu, Kudat, Tawau dan Sandakan dan 3 di Sarawak iaitu di Kuching, Sibu dan Bintulu. Kesemua stesen seismologi ini menggunakan seismometer 'short period' untuk memantau aktiviti seismik di dalam negara dan kawasan persekitarannya. ![]() Rangkaian Stesen Seismologi di Malaysia
[ Kembali ] [ Seterusnya ] |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||