|
SINAR lampau UNGU (UV)
Semua orang terdedah kepada penyinaran UV dari matahari dan
sumber-sumber tiruan perdagangan dan rekreasi. Pancaran matahari
termasuk cahaya, haba dan penyinaran UV.
UV
meliputi jarakgelombang berjulat antara 100 – 400 nm dan dibahagikan
kepada 3 jalur :
|
UVA
(315 – 400 nm)
|
|
UVB
(280 – 315 nm)
|
|
UVC
(100 – 280 nm)
|
Apabila matahari melalui atmosfera, kesemua UVC dan
dianggarkan 90% penyinaran UVB diserap oleh ozon, wap air, oksigen dan
karbon dioksida. Penyinaran UVA kurang terjejas oleh atmosfera.
Oleh
yang demikian, penyinaran UV yang sampai ke permukaan bumi kebanyakan
mengandungi UVA dengan sedikit komponen UVB.
PARAS
PENYINARAN UV DIPENGARUHI OLEH :
KETINGGIAN MATAHARI
Semakin
tinggi matahari, semakin tinggi paras penyinaran UV. Oleh itu, paras
penyinaran UV berubah dengan masa.
LATITUD
Semakin
dekat khatulistiwa, semakin tinggi paras penyinaran UV.
LITUPAN AWAN
Paras
penyinaran UV tinggi jika ketiadaan awan bagaimanapun dengan adanya
litupan awan, paras penyinaran UV juga boleh tinggi.
ALTITUD
Atmosfera
yang nipis kurang menyerap penyinaran UV pada altitud yang tinggi.
Dengan setiap 1000 meter kenaikan altitud, paras penyinaran UV meningkat
sebanyak 10 – 12 %.
OZON
Ozon
menyerap sebahagian penyinaran UV yang mana selainnya akan sampai ke
permukaan bumi.
PANTULAN
BUMI
Penyinaran
UV dipantul atau diserak dengan takat kepelbagaian mengikut permukaan
yang berlainan.

MENGAPA
PENYINARAN UV BERBAHAYA?
Kuantiti penyinaran UV yang kecil amat berfaedah
kepada manusia dan ianya perlu dalam penghasilan vitamin D. Penyinaran
UV juga digunakan untuk merawat beberapa penyakit, termasuk penyakit
riket, ‘psoriasis’ dan ekzema. Rawatan ini dilakukan di bawah
pengawasan perubatan dan faedah rawatan antara risiko pendedahan
penyinaran UV dengan pertimbangan klinikal.
Pendedahan
berpanjangan kepada penyinaran UV suria akan menyebabkan kesan akut dan
kronik kepada kulit, mata dan sistem imun. Pendedahan berlebihan
penyinaran UV oleh selaran matahari dan berjemuran diketahui sebagai
kesan akut terbaik; dalam jangka masa panjang, kemerosotan penyinaran
cetusan UV mengubah sel, tisu gentian dan saluran darah yang mendorong
kepada pertumbuhan kulit yang kurang matang. Penyinaran UV juga boleh
menyebabkan rangsangan tindakbalas mata seperti ‘photokeratitus’.
[
Seterusnya ]
|