![]() |
|
|
|
|
|
|
||||||
|
Masalah utama kesihatan awam termasuk 2 kesan kronik: kanser kulit
dan katarak. Antara 2 dan 3 juta kanser kulit ‘non-melanoma’ dan
hampir 132,000 kanser kulit ‘melanoma’ berlaku di dunia setiap tahun.
Manakala kanser kulit ‘non-melanoma’ boleh dibuang melalui
pembedahan dan agak kurang berbahaya, sebahagian besar melanoma malignan
menyumbang kepada kematian, terutama penduduk berkulit perang. Lebih
kurang 12 ke 15 juta orang buta disebabkan oleh katarak. Menurut
anggaran WHO, sehingga 20% kes buta berkemungkinan disebabkan atau
ditingkatkan oleh pendedahan matahari, terutama di negara-negara kawasan
jalur katarak hampir kepada khatulistiwa. Tambahan lagi, bukti tubuh
yang sedang membesar mencadangkan bahawa paras persekitaran penyinaran
UV akan menambah risiko penyakit berjangkit dan menghadkan keberkesanan
pemvaksinan. Tingkahlaku manusia di tengah panas dianggap punca utama peningkatan kadar kanser kulit dalam dekad ini. Peningkatan aktiviti-aktiviti luar dan tabiat berjemur mmenyebabkan pendedahan melampau kepada penyinaran UV. Masih ramai orang mengganggap berjemuran merupakan simbol tarikan dan kesihatan yang baik. APA ITU INDEKS UV SURIA? Indeks UV suria menerangkan paras penyinaran UV suria pada permukaan bumi. Nilai indeks berjulat dari sifar ke atas – semakin tinggi nilai indeks, lebih tinggi potensi kemudaratan kepada kulit dan mata, dan kurang masa diambil untuk kemudaratan berlaku. MENGAPA
KITA PERLU UVI? UVI adalah penting untuk memberi kesedaran awam terhadap risiko pendedahan berlebihan kepada penyinaran UV dan memberi amaran untuk orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga. Menggalakkan orang ramai mengurangkan pendedahan kulit agar dapat mengurangkan kesan kesihatan merbahaya dan kadar rawatan kesihatan. Sasaran utama UVI adalah pada kumpulan yang mudah terdedah seperti kanak-kanak dan pelancong.
Nilai
UVI dikelompokkan kepada kategori dedahan :
ADAKAH
ORANG YANG BERKULIT GELAP TERLIBAT? Kelazimannya salah anggapan bahawa hanya orang berkulit perang perlu bimbang terhadap pendedahan kepada matahari. Kanser kulit adalah rendah bagi berkulit gelap kerana mempunyai perlindungan pigmen melanin yang berlebihan. Walaubagaimanapun, kanser kulit juga terjadi pada kumpulan ini dan malangnya dikesan agak lewat sehingga pada peringkat merbahaya. Risiko kesan kesihatan berkaitan penyinaran UV terhadap mata dan sistem imum adalah bebas dari jenis kulit.
Teduhan, pakaian dan topi menyediakan perlindungan yang terbaik – menggunakan skrin matahari ke atas anggota badan yang masih terdedah seperti tangan dan muka, tetapi sama sekali tidak boleh digunakan utuk memanjangkan tempoh dedahan matahari.
[Kembali] |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||