|

|
garis badai
Pergerakan Garis Ribut Petir
|
garis badai
Garis badai ialah istilah yang digunakan bagi
menjelaskan tentang garisan ribut petir yang bergerak. Panjangnya boleh
mencapai seratus kilometer dan mempunyai tempoh hayat beberapa jam yang
di anggap lebih lama daripada komponennya ribut petir. Garis badai
menghasilkan langkisau dan hujan lebat yang dahsyat serta meluas
berbanding dengan ribut petir individu.
Garis badai kerap dilihat semasa monsun barat daya
di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia dan kawasan pantai
Malaysia Timur menghadap Laut China Selatan.
Di Semenanjung Malaysia, garis badai merujuk
kepada "Sumatras" yang terbentuk di sepanjang Selat Melaka
pada waktu malam dan menjelang subuh. Ia cenderung bergerak ke arah
timur ketika pagi dan menjejaskan negeri-negeri pantai barat Semenanjung
Malaysia.
Garis badai di Malaysia Timur juga mempamirkan
ciri-ciri yang sama, iaitu terbentuk di luar pesisir pantai pada sebelah
malam sebelum melanda ke daratan pada waktu pagi.
apakah yang terjadi bila badai
datang
|
Jika anda tinggal di
kawasan pantai barat semenanjung malaysia....
|
|

|
Anda dapat mencerap ciri pembentukan awan,
iaitu jalur tebal awan kumulonimbus yang naik meninggi dan
datangnya dari laut
|
|

|
Kelajuan angin meningkat secara mendadak
menjadi langkisau semasa garis badai datang menghampiri.
|
|

|
Suhu menurun dengan tiba-tiba.
|
|

|
Laluan garis badai kerap disertai dengan
guruh, kilat dan hujan lebat.
|
|

|
Apabila sampai di daratan, haba pendam
pemeluwapannya hilang dan garis badai melesap dengan cepat.
|
|

|
Keamatan curahan hujan mengurang dan
keadaan kembali normal kira-kira sejam kemudian.
|
bilakah garis badai kerap berlaku?
Garis badai selalunya berlaku semasa menjelang
subuh dan awal pagi, paling kerap antara bulan April hingga November.
Namun, garis badai kadangkala boleh terbentuk pada waktu petang dan
bergerak ke daratan seiring dengan angin lazim.
asal Sumatras
| Sumatras ialah fenomena unik
di pantai barat Semenanjung Malaysia. |
 |
Pembentukannya disebabkan lokasi Kepulauan
Sumatra di barat dan Semenanjung Malaysia di timur, terpisah
oleh Selat Melaka yang sempit.
|
|

|
Semasa Monsun Barat Daya, angin barat daya
bertiup merentasi banjaran gunung Sumatra lalu menghasilkan
gelombang gunung di sebelah teduh angin dan mengakibatkan
ketakstabilan atmosfera.
|
|

|
Air di Selat Melaka yang relatifnya panas
memberikan sumber kelengasan dalam pembentukan olakan.
|
|

|
Dalam atmosfera yang ketakstabilannya
tinggi, awan guruh terbentuk di tempat berkenaan dan bergabung
menjadi garis badai.
|
|

|
Garis badai bergerak ke arah timur dipandu
oleh angin barat daya ke kawasan pantai Semenanjung Malaysia.
|
garis badai berbahaya kepada
operasi penerbangan
Garis badai menandakan suatu kawasan ketakstabilan
ekstrim dan golakan ganas. Sel ribut petir yang terbenam dalam badai
boleh menghasilkan kilat, hujan lebat yang membawa banjir kilat, dan
angin kencang. Dalam kes yang buruk, ia boleh menyebabkan kecederaan dan
kehilangan nyawa disamping kerosakan harta benda.
|
Garis Badai Berbahaya
Kepada Operasi Penerbangan Kerana.....
|
|

|
Ricih angin yang kuat dalam awan telah
banyak menyebabkan nahas maut.
|
|

|
Arus menurun dan menaik dalam awan adalah
berbahaya kepada pesawat ringan yang tidak dilengkapi dengan
peralatan canggih bagi mengesannya.
|
|

|
Ledakan menurun dari dasar awan boleh
mempengaruhi penerbangan pada aras rendah terutamanya semasa
pesawat menuju ke lapangan terbang.
|
banjir kilat boleh meragut mangsa....
Disebabkan oleh hujan berkeamatan tinggi, kawasan
rendah dan bersaliran buruk mungkin mengalami banjir besar apabila
dilanda garis badai.
Pada akhir 1996, banjir kilat telah melanda Pulau
Pinang dan Seberang Prai yang di sebabkan oleh badai yang terbentuk di
utara Selat Melaka yang bergerak cepat ke pedalaman di waktu pagi.
Banjir ini telah mengakibatkan banyak kerosakan harta benda dan
kemusnahan awam. Jumlah curahan hujan merupakan yang tertinggi pernah di
rekodkan.
peranan perkhidmatan kajicuaca
malaysia
Semua pejabat ramalan kajicuaca di lapangan
terbang utama negara telah dilengkapi dengan radar yang dapat mengesan
pembentukan garis badai dan memonitor pergerakannya. Pejabat kajicuaca
di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang mempunyai Radar
Dopler yang berkebolehan mengesan ricih angin di dalam badai. Pengesanan
cuaca buruk melalui teknologi radar yang terkini ini membolehkan amaran
yang menepati masa dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.
[ Kembali ]
|