|

|
ribut petir
Merungkai Keganasan Alam
|
ribut petir
Di Malaysia, ribut petir merupakan fenomena biasa
yang berlaku sepanjang tahun dan selalunya berlaku pada waktu petang dan
awal senja. Walaupun secara relatifnya ia bersaiz kecil, tetapi semua
ribut petir adalah merbahaya. Setiap ribut petir menghasilkan kilat yang
berpotensi untuk membunuh manusia.
| Hujan lebat dari ribut petir boleh
mendatangkan banjir dan tanah runtuh. Bahaya angin kencang dan
hujan batu juga dikaitkan dengan sesetengah ribut petir. |
 |
 |
|
Banjir Kilat yang
disebabkan oleh Ribut Petir
|
Tanah Runtuh Akibat
Hujan Lebat
|
apakah ribut petir?
Ribut petir ditakrifkan oleh Pertubuhan Kajicuaca
Sedunia (WMO) sebagai kejadian satu atau lebih nyahcas elektrik secara
tiba-tiba yang menghasilkan lintasan cahaya (kilat) dan bunyi gemuruh (guruh)
|

|
Ribut petir biasanya terjadi dalam keadaan
atmosfera yang lengas dan tidak stabil.
|
|

|
Awan kumulus terbentuk apabila udara panas
berlengas naik dari permukaan bumi ke altitud yang lebih tinggi
dan memeluwap.
|
|

|
Ia berkembang secara menyisi dan menegak
menjadi awan padat yang lebih besar yang disebut sebagai awan
kumulonimbus, dengan golakan kuat di dalamnya dan aliran keluar
yang kuat di bawah dasarnya.
|
|

|
Awan ribut petir yang matang kerapkali
mempunyai struktur bersel dengan diameter mencapai 3 ke 5
kilometer dan ketinggiannya melebehi 10 kilometer. Ia boleh
wujud secara terpencil, berkelompok atau dalam garisan.
|
|

|
Purata tempoh hidup ribut petir ialah
antara 15 hingga 30 minit tetapi dalam keadaan tertentu, tempoh
ini jauh lebih lama.
|
Ribut petir berpotensi untuk menghasilkan hujan
batu, hujan lebat, kilat sabung menyabung dan angin kencang. Sesetengah
keadaan cuaca yang sangat buruk boleh terjadi apabila kelompok ribut
petir melanda sesuatu kawasan untuk tempoh yang panjang.
letusan ke bawah
Letusan ke bawah ialah istilah yang menjelaskan
tentang penurunan cepat udara di suatu kawasan kecil di bawah ribut
petir. Angin kencang yang terhasil boleh mencapai kelajuan yang amat
tinggi sehingga boleh menyebabkan kemusnahan ketara di sepanjang
laluannya dan sangat berbahaya kepada operasi penerbangan.
belalai air

Belalai Air
disertai Angin Kencang
Fenomena lain yang boleh berlaku ketika ribut petir ialah belalai air.
Belalai air ialah pusaran angin yang terbentuk di permukaan air dan
kerap berlaku di iklim tropika.
Belalai air boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna bot. Oleh itu,
jika keadaan ini berlaku ketika berada di laut, langkah keselamatan yang
perlu dilakukan ialah :-
- Cuba elakkan daripada berada dalam
laluan pusaran angin tersebut.
-
Sekiranya belalai air sudah berada dekat
dengan bot, terjun ke dalam air. Ini kerana puing yang dibawa
bersama dalam pusaran angin ini boleh menyebabkan kecederaan.
apakah kilat?
Udara yang turun naik di dalam awan ribut petir
mengakibatkan pemisahan cas positif dan cas negatif. Kilat adalah
nyahcas yang terhasil apabila perbezaan cas elektrik di antara permukaan
bumi dan atmosfera cukup besar untuk mengatasi kesan penebatan udara.
Kilat boleh terjadi samada di dalam awan, dari awan ke awan, atau antara
awan dengan permukaan bumi. Kilat kerap menyambar di luar kawasan hujan
lebat dan boleh berlaku sejauh 10 batu dari kawasan hujan tersebut.
Udara berhampiran kawasan yang dipanah kilat
menjadi panas dan mencapai suhu melebihi 27,000°C - iaitu lebih panas
daripada permukaan matahari. Pemanasan dan penyejukan cepat udara
berhampiran kawasan yang terkena kilat menghasilkan rencatan gelombang
yang mengejut lalu menghasilkan guruh.
Kilat boleh menyebabkan kerosakan peralatan
elektrik yang terpasang dan boleh mencetuskan kebakaran. Kebanyakan
kematian dan kecederaan akibat daripada kilat terjadi kepada mereka yang
berada di luar bangunan.
tempoh ribut petir selalu berlaku
Ribut petir boleh berlaku sepanjang tahun tetapi
selalunya semasa tempoh antara monsun iaitu dari April hingga Mei dan
dari Oktober hingga November. Di daratan, ribut petir lazimnya terjadi
pada waktu petang dan senja manakala di lautan, ia kerap berlaku pada
sebelah malam.
[
Seterusnya ]
|