ribut petir

Merungkai Keganasan Alam

keselamatan semasa ribut petir dan kilat !

Sebelum Ribut ....

Semak ramalan cuaca sebelum keluar jika tempoh berada di luar agak panjang.

Lihat sebarang tanda-tanda kedatangan ribut jika ada.

Tangguhkan sebarang aktiviti luar jika ribut petir dijangka akan berlaku.

Semasa Kedatangan Ribut Petir ....

Masuk ke dalam bangunan kukuh atau kereta. Jangan berteduh di tempat kecil atau di bawah pokok yang terpencil.

Jika berlaku kilat dan tiada bangunan kukuh, masuk ke dalam kereta dan tutup tingkap.

Keluar dari bot dan jauhi air.

Talian telefon dan paip logam boleh mengalirkan elektrik. Hindari daripada menggunakan telefon atau sebarang kelengkapan elektrik. Guna telefon hanya semasa kecemasan. Cabut palam kelengkapan elektrik yang tidak digunakan.

Jangan mandi.

Tutup penyaman udara. Luruan kuasa kilat boleh memberikan beban lebih pada pemampat.

Jika memandu di lebuhraya atau jejantas, berwaspada dengan angin kencang.

Pindah ke tempat yang lebih tinggi jika banjir kilat dijangka berlaku.

 

Jika terperangkap di luar bangunan dan tiada tempat berlindung....

Berteduh di tempat rendah yang tidak banjir yang jauh dari pokok dan pagar.

Jika berada di dalam hutan, berteduhlah di bawah pokok yang lebih rendah.

Jika didapati kulit kita terangsang atau rambut kita menegak, berjongkoklah ke tanah. Letakkan tangan di lutut dengan kepala di antara kedua-dua lutut. Jadikan badan sekecil mungkin dan kurangkan daripada menyentuh tanah.

Jika anda sedang berperahu atau berenang, kembali ke daratan dan segera dapatkan tempat berlindung.

peranan JABATAN METEOROLOGI malaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia sentiasa mengawasi dengan rapinya keadaan cuaca dan menyiarkan ramalan cuaca secara rutin melalui media massa. Maklumat dari rangkaian stesen pencerapan permukaan, radar cuaca, satelit dan sumber-sumber lain dapat menjejak pembentukan ribut petir di negara kita. Berikan perhatian pada sebarang nasihat dan amaran cuaca buruk !

[ Kembali ]