|
 |
siklon tropika
Enjin Haba Raksasa Alam
|
siklon tropika
Siklon tropika adalah merupakan ribut ganas yang
berputar dan berdiameter beberapa ratus kilometer, yang terbentuk di
kawasan perairan tropika. Apabila dilihat melalui satelit, ia kelihatan
seperti satu sistem gegelung yang ketat dan berkuasa dengan kelompok
awannya melingkar keluar. Bagi siklon tropika yang matang, wujud satu
kawasan di pusatnya yang udaranya secara relatifnya tenang dengan hanya
terdapat sedikit awan. Kawasan ini dikenali sebagai mata bagi siklon
tropika.
|
Siklon Tropika di
kelaskan seperti berikut :
|
|

|
Lekukan Tropika
- Satu sistem yang terdiri daripada awan dan ribut petir yang
berputar dengan kelajuan angin maksimum 63 kmpj atau kurang.
|
|

|
Ribut Tropika
- Satu sistem ribut petir kuat yang berputar dengan kelajuan
angin maksimum antara 64 - 117 kmpj.
|
|

|
Taufan - Satu
sistem cuaca tropika hebat yang berputar dengan kelajuan angin
maksimum 118 kmpj atau lebih.
|
bagaimanakah siklon tropika
terbentuk?
Siklon tropika terbentuk di kawasan lautan yang
suhu permukaannya 26o C atau lebih. Di rantau Asia, siklon
tropika selalunya dikenali sebagai taufan dan biasanya terjadi semasa
musim panas Hemisfera Utara yang mana suhu di Lautan Pasifik adalah
panas dan sesuai untuk aktiviti perolakan. Sistem tekanan rendah yang
terbentuk di kawasan lautan tropika yang panas akan bergerak ke arah
barat, berkembang daripada lekukan tropika kepada ribut tropika dan
akhirnya menjadi taufan yang matang.
|
Perkembangan Lekukan
Tropika Kepada Taufan Bergantung Kepada Tiga Keadaan :
|
|

|
Laut Panas
|
|

|
Kelengasan
|
|

|
Corak angin berhampiran permukaan laut
yang melingkarkan udara ke arah dalam.
|
Semasa pembentukan, siklon mengumpulkan haba dan
tenaga melalui hubungan dengan air laut yang panas. Haba dan kelengasan
yang di hasilkan oleh penyejatan permukaan laut memberi tenaga kepadanya
seolah-olah enjin haba raksasa. Pembentukan kelompok-kelompok ribut
petir membolehkan udara menjadi lebih panas lagi dan naik ke atas dalam
atmosfera.
Mata siklon yang berdiameter antara 30 - 100
kilometer adalah merupakan pusat tekanan rendah ribut tropika tersebut.
Aktiviti yang paling hebat (atau ganas) berlaku di kawasan sekitar mata
yang juga dipanggil dinding mata. Di sini, udara berputar ke arah atas
dan luar dengan kelajuan yang meningkat. Sebahagian daripada udara
bergerak ke arah dalam dan tenggelam ke dalam mata, membentuk kawasan
bebas awan.
bilakah taufan biasanya berlaku?
Pada kebiasaannya, taufan mula muncul di sebelah
barat Pasifik Utara pada awal bulan Mei. Bilangannya bertambah dan
mencapai maksima disekitar bulan September. Kebanyakan taufan terbentuk
di kawasan latitud 5oU dan 20oU dan longitud 130oT
dan 170oT. Laluan biasa bagi taufan adalah bergerak menghala
ke arah barat merentasi Filipina dan seterusnya membeluk ke arah timur
laut apabila menuju daratan Asia.
[
Seterusnya ]
|