Sebagai sebuah
negara yang terletak di khatulistiwa, Malaysia mengalami suhu yang
sekata sepanjang tahun. Perbezaan tahunan suhunya adalah kurang daripada
2oC kecuali bagi kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia
yang kerap dipengaruhi oleh luruan angin sejuk dari Siberia semasa
monsun timurlaut. Walaubagaimana pun perubahan suhu tahunannya kurang
daripada 3oC.
Julat suhu
harian adalah besar, 5oC hingga 10oC bagi stesenstesen
berhampiran pantai dan antara 8oC hingga 12oC bagi
stesenstesen dipendalaman tetapi suhu harian yang tinggi seperti yang
terdapat di kawasan benua tropika tidak pernah dialami. Walaupun siang
selalunya panas, tetapi di waktu malam ianya sejuk di manamana.
Walaupun
perubahan bermusim dan bertempat suhu secara perbandingan adalah kecil,
tetapi dalam beberapa hal ia dapat ditentukan. Bagi Semenanjung
Malaysia, terdapat perubahan suhu yang jelas semasa monsun dan ini
terdapat di kawasan pantai timur. Bulan April dan Mei adalah bulan di
mana suhu purata bulanan adalah paling tinggi sementara Disember dan
Januari pula adalah bulan di mana suhu purata bulanannya paling rendah.
Purata
suhu harian dikebanyakan daerah di timur Banjaran Besar adalah rendah
berbanding dengan daerah di barat. Perubahanperubahan nilai ini adalah
disebabkan suhu harian yang rendah yang dialami di kawasan daerah timur
semasa monsun timurlaut hasil daripada hujan dan litupan awan yang
luas. Di Kuala Terengganu, sebagai contoh semasa monsun timurlaut suhu
pada waktu siang jarang mencapai 32oC dan kerapkali tidak
mencapai 27oC. Beberapa keadaan telah direkodkan di mana suhu
tidak melebihi 24oC iaitu suhu terendah dicapai pada waktu
malam dikebanyakan tempat. Purata suhu pada waktu malam biasanya di
antara 21oC hingga 24oC. Tetapi nilai suhu
dihampir semua stesen boleh menurun jauh lebih rendah daripada suhu
tersebut , malam yang sejuk biasanya diikuti dengan siang yang panas.
Kelembapan Bandingan
Seperti yang
diperkatakan, Malaysia menpunyai kelembapan yang tinggi. Purata
kelembapan bandingan bulanannya adalah diantara 10% hingga 90%, berubah
mengikut tempat dan bulan. Bagi sesuatu kawasan yang khusus, julat
purata kelembapan bandingannya berubah dari minimum 3% (Bintulu) ke
maksimum lebih kurang 5% (Alor Star). Di Semenanjung Malaysia, julat
minimum terdapat di Sitiawan di mana purata kelembapan bandingan berubahubah
dari nilai serendah 80% dalam bulan Februari ke setinggi hanya 88% dalam
bulan Februari. Julat maksimum pula terdapat di kawasan baratlaut
Semenanjung (Alor Star) di mana purata kelembapan bandingan berubahubah
dari 72% hingga 87% pada bulan Februari.
Adalah
diperhatikan bahawa di Semenanjung Malaysia, kelembapan bandingan
minimum biasanya terdapat pada bulan Januari dan Februari kecuali bagi
negerinegeri pantai timur iaitu Kelantan dan Trengganu di mana
kelembapan bandingan minimumnya adalah pada bulan March. Kelembapan
bandingan maksimum pula lazimnya adalah pada bulan November.
Seperti
dalam kes suhu, perubahan harian kelembapan bandingan adalah lebih besar
berbanding dengan perubahan tahunan. Purata minimum hariannya boleh
serendah 42% semasa bulanbulan kering dan menghampiri setinggi 70%
semasa bulanbulan lembab. Bagaimanapun purata harian maksimumnya pula
tidak banyak berubah dari tempat ke setempat iaitu melebihi 94%.Ia
mungkin mencapai setinggi 100%. Negerinegeri di baratlaut iaitu
Kedah dan Perlis mempunyai perubahan kelembapan bandingan harian
terbesar.
[ Kembali
]