PEMBENTUKAN AWAN DI MALAYSIA

Pembentukan awan berlaku hampir keseluruhannya pada bahagian bawah atmosfera yang dikenali sebagai Troposfera. Awan terbahagi kepada dua kumpulan besar : iaitu yang berbentuk kumulus (cumiliform) dan yang berbentuk berlapis-lapis(stratiform). Saiz, bentuk dan warna awan berubah mengikut kandungan kelembapan dan kesetabilan atmosfera. Atmosfera pada amnya dibahagi kepada tiga peringkat didifinasikan mengikut garis lintang, paras ketinggian dan kekerapan kewujudan awan-awan tertentu seperti berikut:

 Peringkat

 Kawasan Tropika

Kawasan Berhawa Sederhana

 Kawasan Kutub

 Tinggi

6 – 18km

5 – 13 km

3 – 8 km

 Pertengahan

2 – 8 km

2 – 7 km

2 – 4 km

 Rendah

Dari paras muka bumi ke 2 km

Dari paras muka bumi ke  2 km

Dari paras muka bumi to 2 km

Terdapat 10 genera awan. Enam daripadanya tergolong ke dalam peringkat-peringkat tersebut diatas seperti berikut:

  1. Awan peringkat rendah         :  Stratokumulus dan stratus.
  2. Awan peringkat pertengahan :  Altokumulus.
  3. Awan peringkat tinggi           :  Sirus, Sirokumulus, dan  Sirostratus.

Genera selebihnya tidak tergolong kedalam peringkat – peringkat tersebut diatas sepenuhnya. Awan-awan ini mempunyai kecenderungan  mengembang dari satu peringkat ke peringkat lain seperti berikut:      

  1. Altostratus biasanya terjadi pada peringkat pertengahan tetapi boleh mengembang ke peringkat  tinggi.
  2. Nimbostratus  berkembang dari peringkat pertengahan ke peringkat tinggi dan rendah .
  3. Awan-awan Kumulus dan Kumulonimbus lazimnya mempunyai tapak di peringkat rendah tetapi mengembang ke peringkat pertengahan dan tinggi.

Gambar-gambar  awan  berikut  diambil di Semenanjung  Malaysia, kebanyakannya di Negeri Selangor pada bulan Mei, Jun dan  Julai 2002. Warna  kekuningan  oren  sesetengah  awan  adalah  disebabkan pemantulan sinaran suria pada waktu matahari terbit atau matahari terbenam. Gambar-gambar ini tidak meliputi  semua  genera  tersebut  diatas  tetapi  akan  ditambah  dan/atau disemak semula dari masa kesemasa  dan  diganti  dengan gambar-gambar awan lain berserta komen yang dapat diperolehi untuk memaparkan keadaan cuaca dan pola awan berkaitan di Malaysia. 

Awan Peringkat Rendah (Low Clouds): 

LL1.- Kumulonimbus (Cb)

LL1.  Ini  adalah   satu  pandangan  jarak  jauh   deretan  awan  Kumulonimbus (Cb)  di  Selat  Melaka. Awan-awan ini  tinggi  berwarna  putih / gelap. Tapaknya  terletak  pada ketinggian  kira-kira  1000 kaki manakala puncaknya boleh mencapai  ketinggian  melebihi 35000 kaki. Pembentukan deretan awan ini merupakan  satu  ciri  biasa  pada awal  pagi  Monsun  Barat Daya. Kedudukan Sel-sel Cb yang begitu rapat  menyebabkan  awan-awan itu  kelihatan  bersambung. Warna kuning  keemasan itu  disebabkan pantulan sinar suria pagi yang sedang terbit di timur. Awan nipis berbentuk topi kelihatan diatas puncak awan Cb  menunjukan kewujudan udara stabil mengalir diatas puncak awan itu (Cb). Awan-awan Cb ini kerap bergerak masuk ke pedalaman melalui kawasan pantai pada peringkat akhir Monsun Barat Daya. Apabila ketidakstabilan atmosfera mencapai lebih tinggi, awan-awan ini membawa hujan lebat dan ribut petir kepada kawasan terlibat. 

[ Seterusnya ]