|
|
|
APA HARUS ANDA LAKUKAN SEMASA BERLAKU GEMPA BUMI
Sekiranya anda di dalam bangunan
 |
Tinggal kekal di dalam bangunan. Ambil perlindungan di bawah meja, meja tulis atau bangku yang |
|
teguh atau tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut. Begerak ke arah laluan sebelah |
|
dalam (ambang pintu atau bingkai berstruktur atau sebelah dalam bangunan iaitu pusat paling |
|
kuat dan kurang kemungkinan untuk runtuh. Ia juga akan mengurangkan impak daripada objek |
|
yang jatuh) di mana mungkin. Pilih lokasi yang boleh memberikan udara untuk bernafas dalam |
|
keadaan di mana bangunan runtuh di sekeliling anda. |
 |
Jauhkan diri anda daripada tingkap, rak buku, kabinet, cermin berat, pasu bunga tergantung dan |
|
lain-lain objek berat yang boleh menggelungsur dan jatuh. Gerakan bergulung boleh meremukkan |
|
cermin. Berhati-hati dengan kepingan simen yang jatuh. |
 |
Peluk sesuatu (kot, selimut, buku, akhbar, kotak kadbod dan lain-lain) untuk menutup kepala dan |
|
muka daripada sampah-sarap dan serpihan kaca. |
|
Jangan gunakan lilin, mancis atau lain-lain punca api disebabkan ada kemungkinan kebocoran gas. |
 |
Padamkan semua api. |
Sekiranya anda di luar bangunan
 |
Pindah ke kawasan terbuka dengan berhati-hati jauh daripada talian kuasa, tiang letrik, pokok, |
|
bangunan tinggi, dinding dan tiang lampu. Bahaya paling besar daripada sampah-sarap yang jatuh |
|
ialah di luar pintu dan hampir ke dinding sebelah luar. Jauhi daripada talian letrik yang jatuh. |
 |
Tinggal kekal di kawasan terbuka hingga gegaran berhenti. |
Sekiranya di dalam stor yang sesak
 |
Jangan tergesa-gesa untuk ke muka pintu atau keluar memandangkan beratus-ratus orang lagi |
|
mungkin mendapat idea yang sama. Sekiranya anda perlu meninggalkan bangunan, pilih jalan |
|
keluar dengan berhati-hati sebaik mungkin dan bertenang. |
 |
Jauhkan diri daripada rak-rak peragaan yang mengandungi objek-objek yang mungkin jatuh. |
Sekiranya di dalam bangunan tinggi
 |
Berlindung di bawah meja atau perabot berat yang seumpamanya. Jauhkan diri daripada tingkap. |
 |
Jangan tergesa-gesa keluar memandangkan tangga mungkin rosak dan sesak dengan penghuni |
|
lain. |
 |
Adalah lebih baik mencari keselamatan di mana anda berada sehingga gegaran berhenti, dan |
|
kemudian tinggalkan bangunan sekiranya pemindahan diperlukan. |
 |
Jangan gunakan lif sebab bekalan kuasa mungkin terputus. |
 |
Tinggal kekal di dalam bangunan di tingkat yang sama. |
Sekiranya anda di laluan pejalan kaki dekat bangunan
 |
Berjalan masuk ke arah muka pintu untuk melindungi diri anda daripada batu-bata, kaca, |
 |
kepingan simen dan sampah-sarap lain yang jatuh. |
Sekiranya di dalam kereta yang bergerak
 |
Berhentikan kereta secepat mungkin apabila telah pasti selamat di kawasan yang sesuai. Walau |
|
bagaimana pun, jangan berhenti di bawah jambatan atau lintasan atas atau rentangan kabel atau |
|
di mana bangunan boleh runtuh ke atas anda. |
 |
Tinggal di dalam kereta hingga gegaran berhenti. Kereta adalah penyerap kejutan yang amat baik |
|
dan akan mengayak di atas spring semasa gempa
bumi, tetapi ianya adalah satu bedung yang |
|
selamat untuk menilai situasi anda. |
 |
Bila anda terus memandu selepas gegaran, berwaspada terhadap bahaya yang terhasil daripada |
|
gempa bumi seperti objek yang sedang atau telah jatuh, wayar letrik yang terendam atau laluan |
|
jalan yang rosak atau berlubang-lubang. |
|