|
|
|
KESEISMIKAN MALAYSIA
Malaysia terletak berhampiran dengan dua sempadan pertembungan
kepingan yang aktif keseismikannya iaitu sempadan pertembungan antara
Kepingan Indo-Australian dan Kepingan Eurasian di sebelah barat dan
sempadan pertembungan antara Kepingan Eurasian dan Kepingan Laut
Filipina di sebelah timur. Gegaran gempa bumi bermagnitud besar yang
berpusat di sempadan pertembungan kepingan-kepingan tersebut dapat
dirasai gegarannya di Malaysia.
Sempadan kepingan-kepingan dan taburan
pusat gempa bumi
|
Gegaran gempa bumi yang dirasai di pantai barat Semenanjung
Malaysia adalah berpunca dari gempa bumi bermagnitud besar yang
berpusat di Sumatra dan Laut Andaman. Bagi Sabah dan Sarawak
pula, disamping menerima gegaran gempa bumi bermagnitud besar
yang berpusat di selatan Filipina dan utara Sulawesi, Sabah dan
Sarawak juga mengalami gempa bumi bermagnitud kecil hingga
sederhana. Gempa bumi lokal ini dikaitkan dengan gelinciran
aktif yang wujud di Sabah dan Sarawak.
|
Berikut adalah gambar yang
menunjukkan sebahagian daripada kerosakan akibat daripada gempa bumi
yang berlaku pada 26 Mei 1991 dan 10 Oktober 1996.
|

|

|
|
Kerosakan struktur yang teruk ke atas dinding
saluran sampah sebuah sekolah di Ranau, Sabah akibat gempa bumi
pada 26/5/91.
(Gambar ihsan daripada Jabatan Kajibumi)
|
Keretakan di Rumah Pangsa Macallum di
Macallum Street Ghant, Pulau Pinang selepas gegaran pada 10
Oktober 1996.
(Ihsan daripada The Star)
|
[
Kembali ]
|