|
Sepanjang tempoh dekad terakhir bulan Julai ini, kebanyakan tempat di
Semenanjung
Malaysia
mencatatkan hujan melebihi normal kecuali beberapa tempat yang mengalami
hujan dibawah paras normal. Selain itu, Sabah,
Sarawak
dan timur Terengganu mengalami keadaan lebih lembap berbanding dengan
kawasan-kawasan lain di Malaysia. Di Semenanjung, kawasan pantai barat
mengalami kurang daripada 30 mm taburan hujan manakala kawasan pantai
timur merekodkan 70 hingga 100 mm jumlah hujan. Di Malaysia Timur, Sabah
& Sarawak mencatatkan jumlah hujan antara 100 ke 200 mm dengan
pertengahan persisir pantai Sarawak yang mengalami hujan melebihi 200 mm
pada tempoh ini. Jumlah ini adalah membantu dalam aktiviti-aktiviti yang
memerlukan jumlah hujan yang mencukupi. Bagaimanapun, bagi kawasan yang
mengalami kelembapan tanah yang berterusan akan mempengaruhi pertumbuhan
dan pembesaran akar untuk sesetengah tanaman terutamanya kawasan di
timur Semenanjung dan kawasan di selatan Sabah. Merujuk kepada suhu,
amnya kebanyakan kawasan tanah rendah di Malaysia mencatatkan suhu pada
paras normal dengan Subang. Petaling Jaya dan Kluang mencatatkan suhu
melebihi normal sementara Melaka mengalami suhu jauh melebihi paras normal
pada tempoh ini. Chuping, Kuala Krai, Batu Embun, Kuching, Sibu, Labuan
dan Kudat mencatat suhu dibawah normal manakala Bintulu dan Miri
merekodkan jauh dibawah normal dengan Kula Terengganu mengalami suhu
sangat jauh dibawah paras normal. Namun secara amnya, keadaan ini tidak
memberikan kesan yang signifikan ke atas pertumbuhan tanaman.
|