|
1.3 SINARAN SOLAR
|
Sinaran
solar yang direkodkan di seluruh
Malaysia
adalah normal kecuali di selatan Johor yang mengalami sinaran
solar dibawah normal pada dekad akhir ini.
Pada Rajah 5 di bawah menunjukkan kebanyakan tempat di
Malaysia
mencatatkan sinaran solar di antara 15 hingga 17 MJm-2
sehari. Sinaran solar harian tertinggi, 18.6 MJm-2
telah dicatatkan di utara Kelantan. Sinaran solar terendah pula, 10.6 MJm-2
sehari dicatatkan di selatan Johor.
|
|
|
|
Rajah 5 : Purata Sinaran
Solar Harian (MJm-2)
|
|

|
1.4 SUHU
|
Secara
amnya, kebanyakan kawasan tanah rendah di Malaysia mencatatkan suhu pada
paras normal dengan Subang.
Petaling Jaya dan Kluang mencatatkan
suhu melebihi normal sementara Melaka mengalami suhu jauh melebihi paras
normal pada tempoh ini. Chuping,
Kuala Krai, Batu Embun, Kuching, Sibu, Labuan dan Kudat mencatat
suhu dibawah normal manakala Bintulu
dan Miri merekodkan jauh dibawah normal dengan Kuala Terengganu
mengalami suhu
sangat jauh dibawah paras
normal.
Purata suhu harian adalah di antara 25.5ºC dan 28.3ºC. Suhu yang
tertinggi untuk tempoh ini adalah 36.8ºC yang dicatatkan di Kuala
Kangsar, Perak.
Sementara itu, suhu yang terendah
adalah 19.3ºC
yang telah direkodkan di Kemaman,
Terengganu. Selain
itu, purata suhu harian yang direkodkan di Cameron Highlands adalah 17.8ºC
dengan nilai suhu yang tertinggi dan terendah masing-masing adalah 24.0ºC
dan 14.2ºC. Suhu purata bagi kawasan ini adalah dibawah normal untuk
tempoh yang berkenaan.
|
Rajah
6 : Sisihan Normal bagi purata Suhu (°C) pada 29 Stesen Meteorologi Utama
Di Malaysia

[
JADUAL 1] [ JADUAL 2a ] [
JADUAL
2b] [ JADUAL 2c] [
TANAMAN ]
|
2.
TABURAN
KELEMBAPAN TANAH
Peta Taburan
Kelembapan Tanah pada Rajah 7 menunjukkan taburan kelembapan tanah harian bagi
Malaysia
pada 31 Julai 2008. Secara amnya, kebanyakan tempat di Malaysia
mengalami keadaan tanah yang sangat lembap pada hari tersebut iaitu melebihi
30% di mana Semenanjung and Malaysia Timur mencatatkan 80% hingga 100%
kandungan kelembapan tanah. Negeri-negeri utara Semenanjung dan utara Sabah
mempunyai kandungan kelembapan tanah 80% hingga 90% sementara 70% hingga 80%
kandungan kelembapan tanah dicatatkan di utara Kelantan pada dekad ini.
Kelembapan
tanah yang diperlihatkan di dalam peta adalah merupakan nilai-nilai yang
menunjukkan jumlah air dalam tanah pada kedalaman 1m daripada paras permukaan
tanah yang mendatar. Ia merupakan anggaran air harian dengan menggunakan
kaedah pengimbangan air. Jumlah hujan harian adalah input kepada
kandungan air dalam tanah. Di sini, kadar evapotranspirasi harian
dianggarkan menggunakan Formula Penman-Monteith yang telah diubahsuai yang
mana formula tersebut memerlukan input-input yang terdiri dari elemen-elemen
berikut iaitu purata suhu harian, kelembapan udara, sinaran solar dan kelajuan
angin. Elemen-elemen cuaca yang disebutkan ini termasuk hujan dicerap di
stesen-stesen kajicuaca utama Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM)
di seluruh negeri. Beberapa stesen yang dicerap oleh pemerhati yang
bukan kakitangan JMM juga terlibat untuk mendapatkan kawasan liputan yang
lebih baik. Biasanya, di stesen-stesen ini tiada pencerapan untuk
sinaran solar justeru tempoh sinaran matahari digunakan untuk menganggar
sinaran solar menggunakan Persamaan Angstrom. Analisis ruang ini
dihasilkan dengan menggunakan perisian ArcView.
Dianggarkan, kapasiti menampung air adalah
30cm pada kedalaman 1m tanah. Nilai-nilai bagi “field
capacity” dan “wilting point” masing-masing dianggarkan sebagai
0.3 dan 0.1. Penjelasan mengenai peta ini dapat diperhatikan
dengan merujuk jadual di bawah :
|
|
Kelembapan Tanah
|
Keadaan
|
|
>
30%
|
Sangat
Lembap
|
|
25
– 30%
|
Lembap
|
|
20
– 25%
|
Sederhana
|
|
15
– 20%
|
Kering
|
|
<
15%
|
Sangat
Kering
|
|
Rajah 7 : Taburan
Kelembapan Tanah
|
|

|
3.
TINJAUAN CUACA
UNTUK DEKAD AKAN DATANG (11 – 20hb. Ogos 2008)
Berdasarkan
peta (Rajah 8), secara klimatologi pada tempoh dekad kedua Ogos, keseluruhan
tempat di Malaysia adalah lembap dengan kebanyakan tempat di Malaysia menerima
hujan antara 30 hingga 70 mm kecuali beberapa tempat di utara Semenanjung,
pertengahan persisir Sarawak dan barat Sabah menunjukkan taburan hujan antara 70
hingga 100 mm sementara satu dua tempat di Selangor yang mengalami kurang
daripada 30 mm jumlah hujan.
Untuk ramalan 10 hari bagi tempoh ini, amnya akan terdapat pertambahan taburan
hujan di Semenanjung Malaysia dan Sabah antara 40 hingga 50 mm sementara Sarawak
kekal lembap dengan taburan hujan dijangka antara 60 hingga 80 mm.
Rajah
8 : Hujan(mm)
untuk
tempoh
11 –
20hb. Ogos 2008
berdasarkan
kepada rekod-rekod klimatologi jangka panjang
4. JANGKAAN
KESAN CUACA KE ATAS PERTANIAN PADA TEMPOH DEKAD AKAN
DATANG (11 – 20hb. Ogos 2008)
Kebanyakan tempat di
Malaysia akan mengalami keadaan lembap dijangka menerima hujan antara 40 hingga
90 mm dengan beberapa tempat akan memperolehi jumlah hujan kurang daripada 30
mm. Jumlah hujan di Malaysia pada tempoh ini adalah sangat membantu bagi
aktiviti-aktiviti tanaman yang memerlukan keperluan air yang banyak. Walau
bagaimanapun, kelembapan tepu tanah yang berterusan akan menghadkan pertumbuhan
serta perkembangan akar bagi sesetengah tanaman. Kawasan yang diramalkan
menerima sedikit hujan, dikhuatiri sesetengah tanaman yang tidak diairi
mengalami ketegangan lembapan.
[ Kembali ]