![]() |
|
LAPORAN TAHUNAN KUALITI UDARA 1. Pengenalan
Sejumlah 22 stesen Rangkaian Pemonitoran Pencemaran Udara terletak di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Bermula dengan hanya 2 stesen pada 1976, rangkaian ini telah berkembang tahun demi tahun. Pada masa yang sama, sejajar dengan keperluan semasa, parameter-parameter telah ditambah di dalam program pemerhatian ini di stesen-stesen terpilih. Kebanyakan stesen-stesen ini terletak agak jauh dari kawasan bandar bagi memastikan hanya keadaan ambien sahaja di pantau.
(Rajah 1)
Pengukuran tetap dan bermetodologi komposisi kimia air hujan melalui rangkaian stesen dalam tempoh masa yang panjang memberi petunjuk kualiti udara termasuk arah aliran keasidan dalam negara serta mengenalpasti kawasan yang sedang menghadapi peningkatan amaun komponen basahan pemendapan berasid. Pengukuran tersebut akan menyumbang ke arah penentuan spesies keasidan bagi fluks pemendapan basah dan kering di tapak pengukuran yang mana akan menghala kepada pemahaman yang mendalam terhadapa isu-isu pengasidan atmosfera di rantau ini. pH Tahunan Rajah 2 menunjukkan peta pH air hujan bagi tahun 2002. Amnya, negeri-negeri di bahagian baratan dan selatan Semenanjung Malaysia menerima hujan dengan kepekatan keasidan yang tinggi manakala bahagian-bahagian lain Semenanjung menerima hujan dengan pH antara 4.4 dan 5.2. Kawasan-kawasan yang mengalami tahap keasidan yang tinggi adalah sekitar Lembah Klang dan selatan Johor. Secara kebetulan, ini adalah kawasan-kawasan pembangunan dan perindustrian yang pesat dengan kepadatan penduduk yang tinggi.
Rajah 3 menunjukkan pH bulanan. Dari urutan peta-peta tersebut, secara amnya hujan dari kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia lebih berasid berbanding kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia dan keasidan air hujannya adalah tinggi semasa bulan Mac hingga Oktober. Pada bulan-bulan ini, bahagian utara baratan Semenanjung Malaysia menerima air hujan dengan pH antara 4.4 - 4.8 manakala bahagian tengah dan selatan menerima air hujan dengan pH kurang dari 4.4. Pada amnya, pH air hujan di Malaysia Timur adalah antara 4.8 - 5.6.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||