![]() |
|
LAPORAN TAHUNAN KUALITI UDARA 2003 1. Pengenalan Rangkaian Pemantauan
Pencemaran Udara Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia terdiri daripada 22
stesen yang diagih di serata tempat di Semanjung Malaysia, Sabah dan
Sarawak. Bermula dengan hanya 2 stesen pada 1976, rangkaian ini telah
berkembang tahun demi tahun. Pada masa yang sama, sejajar dengan
keperluan semasa, parameter-parameter telah ditambah di dalam program
pemerhatian ini di stesen-stesen terpilih.
Kebanyakan stesen-stesen ini terletak agak jauh dari kawasan
bandar bagi memastikan hanya keadaan ambien sahaja di pantau.(Rajah 1) Kebanyakan stesen-stesen ini
didirikan di kawasan sama dengan stesen klimatologi supaya pemerhatian
kedua-dua parameter meteorologi dan pencemaran udara boleh dibuat
serentak dan berterusan. Dengan ini memastikan set data yang
komprehensif mengandungi kedua-dua data kualiti udara dan meteorologi
boleh didapati bagi tujuan penilaian sebarang episod pencemaran udara. Bahagian Kajian Alam Sekitar
bertanggungjawab menjalankan pemantauan dan menilai kualiti udara negara
melalui rangkaian ini. Data
dari rangkaian ini juga digunakan untuk mendokumentasikan arah aliran
jangka-panjang dan memberi amaran awal jika berlaku bencana alam sekitar. Pengukuran tetap dan
bermetodologi komposisi kimia air hujan melalui rangkaian stesen dalam
tempoh masa yang panjang memberi petunjuk kualiti udara termasuk arah
aliran keasidan dalam negara serta mengenalpasti kawasan yang sedang
menghadapi peningkatan amaun komponen basahan pemendapan berasid.
Pengukuran tersebut akan menyumbang ke arah penentuan spesies keasidan
bagi fluks pemendapan basah dan kering di tapak pengukuran yang mana
akan menghala kepada pemahaman yang mendalam terhadapa isu-isu
pengasidan atmosfera di rantau ini. Biasanya
keasidan air hujan dilaporkan sebagai pH. pH adalah pengukuran
kepekatan ion hydrogen dalam cecair dan mempunyai skala di antara 0
– 14. Walaupun air hujan dari tapak yang bersih dan terpencil agak
sedikit berasid dengan pH yang berubah antara 5.2 ke 6.0 disebabkan
kehadiran asid semulajadi yang terlarut; oleh itu hujan dikatakan
berasid jika pH kurang dari 5.2. Memandangkan jumlah air hujan
berubah-ubah, kesemua nilai pH adalah berat berisipadu (volume
weighted). Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia menggunakan sama ada Automatic Wet and Dry Fallout Collector atau Wet-Only Sampler untuk mengumpul air hujan di rangkaian ini. Sampel-sampel air hujan dikumpul dalam seminggu dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk analisa kimia terhadap anion dan kation prinsipal. Sejenis biosid, thymol digunakan untuk mencegah penguraian biologi. pH Tahunan Rajah 2 menunjukkan purata berat berisipadu pH bagi tahun 2003. Berdasarkan purata tahunan, pH air hujan yang dikumpul di negeri-negeri timuran semenanjung, Sabah dan Sarawak berada dalam julat normal antara 4.8 ke 5.2. Walaubagaimanapun, dengan pengecualian kawasan Lembah Klang dan selatan Johor, negeri-negeri baratan dan selatan menerima air hujan yang agak berasid dengan purata pH antara 4.4 dan 4.8. Kawasan Lembah Klang dan selatan Johor menerima pH air hujan kurang dari 4.4 Variasi pH Bulanan Rajah 3 menunjukkan urutan peta-peta purata berat berisipadu pH
bulanan. Kawasan Lembah Klang yang tergolong paras pH rendah dari 4.4 tidak menunjukkan signifikan variasi
bulanannya. Sebaliknya, sebahagian dari Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak menunjukkan variasi pH
bulanannya. Amnya, paras pH yang rendah dan normal dikesan semasa bulan April hingga Oktober iaitu Monsun Barat Daya manakala paras pH tinggi dari bulan November hingga Mac yang mana sejajar dengan musim Monsun Timur
Laut.
|
|||||||||||||||||||||||