![]() |
|
LAPORAN TAHUNAN KUALITI UDARA 2003 3. Aerosol Aerosol atau jumlah zarah terampai (TSP) adalah zarah ampaian dalam udara dengan diameter kurang dari 100 mikrometer (m). TSP dengan diameter aerodinamik 10 mikrometer atau kurang digelar zarah PM10 dan ia boleh menjejaskan kesihatan. Zarah Terampai Total (TSP) TSP diukur dengan menggunakan High-Volume Air Sampler di 14 stesen. Rajah 4 menunjukkan arah aliran muatan bulanan TSP. Bagi separuh tahun pertama, TSP di kebanyakan stesen menghampiri nilai purata jangkapanjang kecuali di Perai di mana parasnya agak tinggi. Bagi separuh tahun kedua, paras TSP adalah rendah dari purata jangkapanjang terutamanya pada peringkat awalnya. Jisim Zarah (PM-10) Kepekatan zarah PM-10 diukur di 8 stesen dalam rangkaian pemonitoran dengan menggunakan High-Volume PM-10 Sampler. Rajah 5 menunjukkan arah aliran bulanan kepekatan PM-10. Kepekatan PM-10 di kebanyakan stesen menghampiri atau sedikit rendah dari nilai purata jangkapanjang kecuali di Petaling Jaya dan Kuantan yang mana mengalami PM-10 bawah paras normal sepanjang tahun 2003.
Ozon adalah gas yang sangat reaktif, dalam kuantiti yang sedikit di atmosfera. Kepekatan min boleh berubah dari sedikit hingga ratusan bahagian per billion (ppb) bergantung pada lokasi dan altitud. Di paras permukaan, ozon dianggap bahan pencemar sekunder yang menyebabkan episod-episod oksidan seperti jerebu dan asbut (smog). Di stratosfera, lapisan ozon mengurangkan kemudaratan radiasi ultra-lembayung yang menghampiri permukaan bumi. Secara global, ozon adalah gas rumah hijau yang menyumbang kepada pemanasan global. Kolum Ozon Total (Total Ozone Column) Kolum Ozon total harian di pantau secara automatik di Petaling Jaya dengan menggunakan alat Brewer Spectrophotometer dengan pengukuran langsung matahari dan titipuncak langit (zenith sky). Rajah 6 menunjukkan pengukuran langsung matahari bagi tahun 2003. Amaun Kolum Ozon Total yang diukur berubah antara 236 hingga 270 Unit Dobson (DU). Terdapat variasi bermusim dalam kolum ozon total tetapi ia tidak begitu ketara seperti di kawasan-kawasan latitud tengah. Profil Ozon Tegak (Vertical Ozone Profile ) Profil ozon tegak diukur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dengan menggunakan sonar ozon (ozonesonde) yang dilepaskan dua kali sebulan. Rajah 7 menunjukkan min bulanan profil ozon tegak. Profil-profil ozon menunjukkan minimum pada 15 kilometer atas paras laut (MSL) yang sepadan dengan lapisan tropopaus tropika. Atas 15 kilometer, paras ozon bertambah dengan mendadak hingga maksimum lebih kurang 27 km atas paras laut min.
5. Gas-gas Reaktif Masa kini, Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia
memantau gas-gas sulfur dioksida (SO2ญญ) dan nitrogen
dioksida (NO2) di Stesen Pemerhatian Atmosfera Globalnya di
Petaling Jaya dan Tanah Rata menggunakan passive sampler. Rajah 8 menunjukkan kepekatan mingguan bagi SO2 dan NO2 yang diukur di Petaling Jaya. Kepekatan SO2 berubah-ubah antara 1.3 ppb dan 8.0 ppb sepanjang tahun dengan tiada perbezaan mengikut musim. Manakala kepekatan bagi NO2 adalah lebih tinggi dan berubah-ubah antara 21.0 ppb dan 43.0 ppb. Rajah 9 menunjukkan kepekatan SO2 dan NO2 yang diukur di Tanah Rata. Pada amnya, kepekatan gas-gas tersebut adalah rendah, tidak melampaui 1.5 ppbv. Rajah: [ Kembali ]
|
|||||||||||||||||||||||