LAPORAN TAHUNAN KUALITI UDARA 2004

Aerosol atau jumlah zarah terampai (TSP) adalah zarah ampaian kecil bawaan udara dengan diameter kurang dari 100 mikrometer (). TSP dengan aerodinamik 10 mikrometer atau kurang digelar zarah PM10 dan kebiasaanya ia boleh menjejaskan kesihatan.

 Jumlah zarah terampai (TSP)

TSP diukur dengan menggunakan High-Volume Air Sampler di 14 stesen. Rajah 4 menunjukkkan arah aliran muatan bulanan TSP. Bayan Lepas, Petaling Jaya dan Tawau mencatatkan TSP bawah normal sepanjang tahun manakala Perai dan Alor Setar mencatatkan TSP melebihi normal. Stesen-stesen lain mencatatkan TSP menghampiri dan melebihi normal dari purata jangkapanjang dengan kadang-kadang variasi bulanan yang besar.

  Jisim Zarah (PM-10)

Zarah PM-10 diukur di 8 stesen dalam rangkaian pemonitoran dengan menggunakan High-Volume PM-10 Sampler. Rajah 5 menunjukkan arah aliran bulanan kepekatan PM-10. Amnya, kepekatan PM-10 menghampiri dan melebihi normal pada awal tahun dan beransur-ansur bawah paras normal pada penghujung tahun.
 

4. Ozon Atmosfera

Ozon adalah gas yang sangat reaktif dengan kuantiti yang sedikit dalam atmosfera. Kepekatan min boleh berubah dari sedikit hingga ratusan bahagian per billion (ppb) bergantung pada lokasi dan altitud. Di paras permukaan, ozon dianggap bahan pencemar sekunder yang menyebabkan episod-episod oksidan seperti jerebu dan asbut (smog). Di stratosfera, lapisan ozon mengurangkan kemudaratan radiasi ultra-lembayung yang menghampiri permukaan bumi. Secara global, ozon adalah gas rumah hijau yang menyumbang kepada pemanasan global.

Kolum Ozon Total

Kolum ozon total harian di pantau secara automatik di Petaling Jaya dengan menggunakan alat Brewer Spectrophotometer dengan pengukuran langsung matahari dan titipuncak langit (zenith sky). Rajah 6 menunjukkan pengukuran langsung matahari bagi tahun 2004. Amaun kolum ozon total yang diukur berubah dari 234 hingga 288 Unit Dobson (DU). Terdapat variasi bermusim dalam kepekatan ozon dengan paras tinggi pada April  hingga May dan paras rendah pada Disember. Variasi ini tidak begitu ketara seperti di kawasan-kawasan latitud tengah.

Profil Ozon Tegak

Profil ozon tegak diukur dua kali sebulan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang menggunakan sonar ozon (ozonesonde) yang dilepaskan awal dan pertengahan bulan. Rajah 7 menunjukkan min bulanan profil ozon tegak. Profil-profil ozon menunjukkan minimum pada 15 kilometer atas paras laut (MSL) yang sepadan dengan lapisan tropopaus tropika. Atas 15 kilometer, paras ozon bertambah dengan mendadak hingga maksimum lebih kurang 27 kilometer atas paras laut min. 

Rajah:

RAJAH 1: Stesen Rangkaian Pemonitoran Pencemaran Udara
RAJAH 2: Purata Tahunan pH Air Hujan 
RAJAH 3: Purata Bulanan pH Air Hujan
RAJAH 4: Kepekatan TSP
RAJAH 5: Kepekatan PM-10
RAJAH 6: Kolum Ozon Total 
RAJAH 7: Min Tahunan Profil Ozon

[ Kembali ]