![]() |
|
|
|
|
|
|
||||||
|
LAPORAN TAHUNAN KUALITI UDARA 2005 1. Pengenalan
Sejumlah 22 stesen Rangkaian Pemonitoran Pencemaran Udara Jabatan Meteorologi
Malaysia terletak di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Bermula dengan
hanya 2 stesen pada 1976, rangkaian ini telah berkembang tahun demi tahun.
Pada masa yang sama, sejajar dengan keperluan semasa, parameter-parameter
telah ditambah di dalam program pemerhatian ini di stesen-stesen terpilih.
Kebanyakan stesen-stesen ini terletak agak jauh dari kawasan bandar bagi
memastikan hanya keadaan ambien sahaja di pantau. (Rajah
1) Pengukuran komposisi kimia air hujan secara tetap dan bermetodologi
melalui satu rangkaian stesen dalam tempoh masa yang panjang dapat
memberi petunjuk terhadap kualiti udara dan tren pengasidan di negara
ini serta dapat menentukan kawasan-kawasan yang sedang menghadapi
peningkatan amaun komponen basah di dalam pemendapan berasid.
Pengukuran-pengukuran ini akan membantu di dalam menentukan fluks
pemendapan basah dan kering oleh spesis-spesis berasid di
kawasan-kawasan pemerhatian seterusnya dapat memberi kefahaman yang
lebih mendalam terhadap isu-isu pengasidan atmosfera di rantau ini. pH Tahunan Rajah 2 menunjukkan purata berat berisipadu pH bagi tahun 2005. Berdasarkan purata tahunan, pH air hujan yang dikumpul di negeri-negeri barat laut dan timur laut Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak berada dalam julat normal antara 4.8 dan 5.2. Walaubagaimanapun, air hujan di negeri-negeri baratan dan selatan tidak termasuk Selatan Johor agak berasid dengan purata pH antara 4.4 and 4.8. Manakala, pH air hujan bagi Selatan Johor terutamanya di Senai kurang dari 4.4. Variasi pH bulanan Rajah 3 menunjukkan urutan peta-peta
purata berat berisipadu pH bulanan. Kawasan Lembah Kelang yang tergolong
paras pH rendah dari 4.4 tidak menunjukkan signifikan variasi bulanannya.
Sebaliknya sebahagian besar dari Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan
Sarawak menunjukkan variasi pH bulanannya. Amnya, paras pH rendah dan
normal dikesan semasa bulan April hingga September iaitu Monsun Barat
Daya manakala paras pH tinggi dari bulan Oktober hingga Mac yang mana
sejajar dengan musim Monsun Timur Laut.
|
|||||||||||||||||||||||