LAPORAN TAHUNAN KUALITI UDARA 2005

3. Aerosol

Aerosol atau jumlah zarah terampai (TSP) adalah zarah ampaian kecil bawaan udara dengan diameter kurang dari 100 mikrometer (). TSP dengan aerodinamik 10 mikrometer atau kurang digelar zarah PM10 dan kebiasaanya ia boleh menjejaskan kesihatan.

 Jumlah Zarah Terampai (TSP)

TSP diukur dengan menggunakan High-Volume Air Sampler di 14 stesen. Rajah 4 menunjukkkan arah aliran muatan bulanan TSP. Pada awal tahun, stesen di sebelah utara Semenanjung Malaysia mencatatkan TSP melebihi normal dan menghampiri normal di tempat lain. Kepekatan maksimum dicatatkan pada bulan Ogos dan beransur-ansur menghampiri normal sehingga penghujung tahun.

Sabah dan Sarawak mencatatkan kepekatan bulanan di bawah purata jangka panjang kecuali satu dua bulan terutamanya di Kuching.

 Jisim Zarah (PM-10)

Zarah PM-10 diukur di 8 stesen dalam rangkaian pemonitoran dengan menggunakan High-Volume PM-10 Sampler. Rajah 5 menunjukkan arah aliran bulanan kepekatan PM-10. Dengan pengecualian satu dua bulan, kesemua stesen menunjukkan PM-10 menghampiri normal purata jangka panjang sepanjang 2005.
 

4. Ozon Atmosfera

Ozon adalah gas yang sangat reaktif dengan kuantiti yang sedikit dalam atmosfera. Kepekatan min boleh berubah dari sedikit hingga ratusan bahagian per billion (ppb) bergantung pada lokasi dan altitud. Di paras permukaan, ozon dianggap bahan pencemar sekunder yang menyebabkan episod-episod oksidan seperti jerebu dan asbut (smog). Di stratosfera, lapisan ozon mengurangkan kemudaratan radiasi ultra-lembayung yang menghampiri permukaan bumi. Secara global, ozon adalah gas rumah hijau yang menyumbang kepada pemanasan global.

 Kolum Ozon Total

Kolum ozon total harian di pantau secara automatik di Petaling Jaya dengan menggunakan alat Brewer Spectrophotometer dengan pengukuran langsung matahari dan titipuncak langit (zenith sky). Rajah 6 menunjukkan pengukuran langsung matahari bagi tahun 2005. Amaun kolum ozon total yang diukur berubah dari 240 hingga 271 Dobson unit (DU). Terdapat variasi bermusim dalam kepekatan ozon dengan kenaikan sekitar bulan Mei dan penurunan pada bulan Disember tetapi ini tidak begitu ketara seperti di kawasan-kawasan latitud tengah.

 Profil Ozon Tegak

Profil ozon tegak diukur dua kali sebulan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang menggunakan sonar ozon (ozonesonde) yang dilepaskan awal dan pertengahan bulan. Rajah 7 menunjukkan min bulanan profil ozon tegak. Profil-profil ozon menunjukkan minimum pada 15 kilometer atas paras laut (MSL) yang sepadan dengan lapisan tropopaus tropika. Atas 15 kilometer, paras ozon bertambah dengan mendadak hingga maksimum lebih kurang 27 kilometer atas paras laut min.

Rajah:

RAJAH 1: Stesen Rangkaian Pemonitoran Pencemaran Udara
RAJAH 2: Purata Tahunan pH Air Hujan 
RAJAH 3: Purata Bulanan pH Air Hujan
RAJAH 4: Kepekatan TSP
RAJAH 5: Kepekatan PM-10
RAJAH 6: Kolum Ozon Total 
RAJAH 7: Min Tahunan Profil Ozon

[ Kembali ]