|
BULETIN KUALITI UDARA BULANAN (JANUARI 2008) |
ZARAH TERAMPAI (PM-10)
Zarah terampai (PM-10) merupakan sebahagian daripada Jumlah Zarah Terampai (TSP) dengan diameter 10 mikron atau kurang. Zarah-zarah disukat dalam udara ambien dengan menggunakan peralatan Tapered Element Oscillating Microbalance (TEOM). Pencerapan ini dijalankan di tujuh stesen pemantauan pencemaran udara di bawah Jabatan Meteorologi Malaysia iaitu di Bayan Lepas, Tanah Rata, Petaling Jaya, Kuantan, Senai, Kuching dan Kota Kinabalu.
|
Bayan Lepas
Paras PM-10 di Bayan Lepas menunjukkan puncak signifikan pada 4, 15 dan 16 Januari. Ianya disebabkan oleh keadaan kering di rantau ini. Bacaan tertinggi yang direkod pada 16 Januari adalah 42.6mg/m3. Purata kepekatan PM-10 di Bayan Lepas untuk bulan Januari ialah 26.9mg/m3.
|
|
|
Tanah Rata
Tanah Rata menunjukkan kepekatan PM-10 yang lebih rendah berbanding dengan enam stesen pencerapan yang lain. Pada ketinggian 1500m di atas paras laut dengan keadaan persekitaran yang agak bersih, stesen ini merekodkan bacaan tertinggi 34.3mg/m3 pada 16 Januari. Purata kepekatan PM-10 di Tanah Rata untuk bulan Januari ialah 9.6mg/m3. |
|
|
Petaling Jaya
Di Petaling Jaya, kepekatan harian PM-10 berubah-ubah di antara 25mg/m3 dan 63mg/m3. Bacaan tertinggi direkodkan pada pertengahan bulan disebabkan oleh keadaan cuaca yang kering di kawasan Petaling Jaya. Purata kepekatan PM-10 untuk bulan Januari ialah 42.2mg/m3.
|
|
|
Kuantan
Purata kepekatan bulanan PM-10 di Kuantan ialah 21.7mg/m3. Kepekatan harian berubah-ubah di antara 15mg/m3 dan 43mg/m3. Seperti mana di Petaling Jaya, bacaan tertinggi yang direkodkan pada 16 Januari juga disebabkan oleh paras kerpasan yang rendah. |
|
|
Senai
Pada pertengahan bulan, Senai juga menunjukkan peningkatan kepekatan PM-10. Secara amnya, kesemua stesen pemantauan di Malaysia menunjukkan peningkatan kepekatan PM-10 pada pertengahan bulan disebabkan cuaca kering. Manakala bagi kepekatan harian, Senai merekodkan bacaan yang berubah-ubah di antara 13mg/m3 dan 49mg/m3. |
|
|
Kuching
Berbanding dengan enam stesen yang lain, Kuching mencatatkan perubahan kepekatan harian PM-10 yang ketara. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kerja-kerja pembinaan berhampiran dengan tapak pemonitoran. Ianya juga menunjukkan puncak signifikan pada pertengahan bulan. Bacaan tertinggi direkod ialah 77.3mg/m3 dan purata kepekatan bulan Januari PM-10 di Kuching ialah 34.3mg/m3.
|
|
|
Kota Kinabalu
Atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, kepekatan PM-10 di Kota Kinabalu untuk bulan Januari tidak diperolehi pada awal bulan. Data-data hanya direkod pada pertengahan bulan berikutnya. Bacaan tertinggi yang direkod dalam tempoh yang singkat ini ialah 41.2mg/m3 pada 27 Januari. |
|